Paip dasar Sungai Perai bocor lagi

BAGAN 23 Jan. – Paip di dasar Sungai Perai bocor lagi! Ini kali ketiga berlaku selepas dua kejadian paip bocor dilaporkan pada Disember tahun lalu dan 12 Januari lalu.

Susulan kebocoran itu, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berusaha untuk mengepam air melalui saluran paip secara minimum yang membawa kepada gangguan bekalan air.

Gangguan kali ini melibatkan kira-kira 200,000 pengguna di tiga kawasan di daerah Timur Laut, lebih 40 kawasan di daerah Barat Daya dan 13 kawasan di Seberang Perai.

“Kejadian ini ialah ‘kejadian mendadak’ dan bukan gangguan bekalan air berjadual yang dilakukan oleh PBAPP.

PBAPP telah mengaktifkan pelan respons kecemasan dan akan menyiarkan kemas kini sewajarnya,” katanya.

Terdahulu tular satu video 14 saat memaparkan kejadian paip bocor di Sungai Perai.

Beberapa kejadian itu mendorong Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai.

Related posts

Leave a Comment