BATU PAHAT 23 Jan. – Misteri kehilangan ibu tunggal terjawab apabila polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, dekat sini adalah Mila Sharmila Samsusah atau Bella. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) rangka itu sepadan dengan sampel daripada ibu dan kakak kepada Bella. Ismail berkata, polis sudah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut jenazah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. “Analisis DNA yang dihantar ke Jabatan Kimia pada 21 Januari lalu diterima polis hari ini,” katanya…
Read MoreDay: January 23, 2024
Paip dasar Sungai Perai bocor lagi
BAGAN 23 Jan. – Paip di dasar Sungai Perai bocor lagi! Ini kali ketiga berlaku selepas dua kejadian paip bocor dilaporkan pada Disember tahun lalu dan 12 Januari lalu. Susulan kebocoran itu, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berusaha untuk mengepam air melalui saluran paip secara minimum yang membawa kepada gangguan bekalan air. Gangguan kali ini melibatkan kira-kira 200,000 pengguna di tiga kawasan di daerah Timur Laut, lebih 40 kawasan di daerah Barat Daya dan 13 kawasan di Seberang Perai. “Kejadian ini ialah ‘kejadian mendadak’ dan bukan gangguan bekalan air…
Read MoreMesyuarat pra-Kabinet terakhir Agong
KUALA LUMPUR 23 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menerima menghadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara. Menurut Istana Negara, sesi mesyuarat itu cukup istimewa buat kedua-dua pemimpin, khususnya kepada Al-Sultan Abdullah kerana ini kali terakhir sebelum baginda menamatkan tempoh pemerintahan yang berakhir 30 Januari ini. Sejak menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, baginda berangkat menghadiri mesyuarat pra-Kabinet sebanyak 160 kali dengan empat Perdana Menteri, termasuk sesi hari ini. Mesyuarat pra-Kabinet yang pertama dihadiri baginda adalah pada 13…
Read MoreERL: Konsesi tambahan baharu 30 tahun
KUALA LUMPUR 23 Jan. – Kerajaan Malaysia dan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) hari ini memeterai perjanjian konsesi tambahan baharu selama 30 tahun bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, bermula dari 2029 hingga 2059. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pelanjutan konsesi itu membolehkan ERL menentukan kadar tambang berdasarkan pertimbangan pasaran. Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata, kerajaan juga tidak akan lagi membayar apa-apa bayaran caj atau fi dari sumber pendapatan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) kepada pihak ERL. Katanya, ketika ini ERL menerima bayaran daripada kutipan PSC…
Read MoreMesej kepada PM selepas mengaku tidak bersalah
KUALA LUMPUR 23 Jan. – Mengaku tidak bersalah atas pertuduhan ke atasnya, Na’imah Abdul Khalid menyampaikan mesej kepada Anwar Ibrahim bahawa kuasa itu sementara dan sentiasa ada perhitungan bagi yang menyalahgunakannya. Isteri bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin itu menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri selepas prosiding pendakwaan di mahkamah hari ini. “Saya telah didakwa pagi ini atas kesalahan jenayah. Tetapi, tiada jenayah dilakukan oleh saya dan saya akan membuktikannya di mahkamah,” katanya kepada media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Naimah 66, berkata, pihaknya yakin apa juga bentuk penyalahgunaan kuasa…
Read MoreLantikan penjawat awam secara kontrak
PUTRAJAYA 23 Jan. – Mulai 1 Februari 2024, pengambilan penjawat awam akan dibuat secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz memaklumkan kaedah baharu itu dalam fasa pindaan undang-undang berkaitan, dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang. Melalui satu pekeliling, beliau berkata, inisiatif itu selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen. “Kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023, memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi…
Read MoreHimpunan Selamatkan Tanah Air Kita
KUALA LUMPUR 23 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad turut hadir memberi sokongan kepada tanda sokongan kepada Himpunan Selamatkan Tanah Air Kita Suara Rakyat Ke Istana Negara, di sini, hari ini. Himpunan anjuran sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), mewakili tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyerahkan memorandum yang dipercayai mengandungi pelbagai tuntutan membabitkan isu semasa negara. Orang ramai mula berkumpul di hadapan pintu dua Istana Negara sejak pukul 9 pagi dalam keadaan terkawal. Empat individu menyampaikan memorandum terbabit ke kawasan istana sebelum diserahkan kepada Yang di-Pertuan…
Read MoreBerita pilihan…
11,000 kanak-kanak terbunuh di Gaza
GAZA: Tentera Israel membunuh 11,000 kanak-kanak dan 7,500 wanita di Semenanjung Gaza dalam tempoh 108 hari sejak serangan bermula pada 7 Oktober, demikian menurut pejabat media kerajaan di Gaza, semalam. Menurut laporan media, angka terbaharu membabitkan 7,000 orang iaitu 70 peratus daripadanya terdiri wanita dan kanak-kanak yang masih terperangkap di bawah serpihan atau hilang akibat serangan tentera Zionis. Jumlah mayat yang tiba di hospital pula melebihi 25,900, manakala 63,000 orang cedera sejak 7 Oktober manakala sejumlah 337 pekerja penjagaan kesihatan dan 45 pegawai pertahanan awam terbunuh setakat ini. Selain itu,…
Read MoreDunia perlu mula sekatan ke atas Israel
RAMALLAH: Dunia perlu memulakan sekatan ke atas Israel kerana pencerobohan berterusan, penjajahan, pendudukan dan penolakannya terhadap keamanan, kata Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh. Beliau menegaskan, konsensus antarabangsa mengenai penubuhan negara Palestin perlu diterjemahkan menerusi langkah-langkah praktikal yang turut merangkumi ke arah menamatkan pendudukan. Katanya, dunia juga harus berusaha untuk menamatkan pendudukan, mengiktiraf negara Palestin secara dua hala dan mengundi Palestin untuk menjadi negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Dasar jenayah pembunuhan Israel masih meragut nyawa orang awam yang tidak bersalah di Semenanjung Gaza, malah bantuan yang diberikan sangat sedikit dan…
Read More