Pesakit masuk wad setiap 30 saat

JUMLAH pesakit Covid-19 di hospital di United Kingdom berada pada tahap tertinggi sejak bermulanya pandemik tersebut, kata Setiausaha Kesihatan (UK) Matt Hancock .

Malahan katanya, seorang pesakit ditahan di wad di negara itu, bagi setiap 30 saat dan lebih menyedihkan 599 kematian lagi direkodkan.

“Hari ini 37,535 kes positif Covid-19 direkodkan. Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) kini di bawah tekanan di seluruh negara.

“Terdapat sejumlah 37,475 pesakit di hospital seluruh UK dengan jangkitan Covid-19. Jumlah ini yang tertinggi sejak bermulanya pandemik,” katanya pada sidang media di Downing Street, London.

Dalam pada itu, Hancock turut memaklumkan, lebih 4.06 juta rakyatnya sudah menerima suntikan vaksin, termasuk lebih separuh penduduk berusia 80 tahun ke atas.

Ketika ini, jelasnya, suntikan terhadap warga emas berusia 80 tahun ke atas sudah selesai dan keutamaan kini diberi kepada mereka yang berusia 70 tahun ke atas.

“Program vaksin kita terus dipercepat dan berkembang. Dan 10 lagi pusat vaksinasi berskala besar ditubuhkan di England pagi ini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment