Roti canai makanan kedua terbaik dunia

SEPANG 20 Dis. – Roti canai sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila disenarai menduduki tangga kedua makanan terbaik di dunia oleh panduan pengalaman perjalanan untuk makanan tradisional, TasteAtlas, Melalui laporan ‘100 Best Dishes in The World Awards 23/24’ yang dikeluarkan TasteAtlas, hidangan sarapan pagi Malaysia yang popular itu berada di bawah ‘picanha’, sejenis potongan daging lembu Brazil. TasteAtlas juga menamakan restoran Nasi Kandar Pelita, Tg’s Nasi Kandar dan Sri Nirwana Maju sebagai tempat yang menyediakan roti canai ‘paling ikonik’. Roti canai juga mendahului naan bawang putih mentega yang terkenal di…

Read More

Dr Mahathir sokong larangan terhadap kapal Israel

PUTRAJAYA  20 Dis. –  Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan kepada ketetapan kerajaan yang tidak membenarkan syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM, berlabuh di pelabuhan Malaysia. Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebarang tindakan protes yang boleh dilakukan kerajaan harus diambil disebabkan tindakan melampau dan tiada perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestin. Katanya, pada 2002, kerajaan membenarkan ZIM berlabuh kerana Malaysia ketika itu masih menaruh harapan kepada usaha damai antara Palestin dan Israel. “Kerajaan ketika itu juga pernah membenar pasukan kriket Israel dengan harapan rakyatnya dapat melihat bahawa penduduk Malaysia yang majoriti beragama…

Read More

November catat 39,137 pemilih baharu

PUTRAJAYA 20 Dis. – Sebanyak 39,137 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu dalam tempoh 1 hingga 30 November 2023, berbanding 43,657 pemilih pada bulan Oktober. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Ikmalrudin Ishak berkata, Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2023 (DPT BLN11/2023) telah diperaku dan diwartakan dan kini dibuka untuk semakan sehingga 18 Januari depan. Beliau berkata daftar pemilih itu juga mengandungi 4,477 orang pemilih yang bertukar bahagian pilihan raya dan 564 pemilih bertukar status/kategori pengundi. Katanya, SPR menyediakan lima kaedah…

Read More

234 Pusat Pemberian Vaksin disediakan

PUTRAJAYA 20 Dis. – Sebanyak 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan di klinik kesihatan seluruh negara bagi memudahkan orang ramai mendapatkan vaksin Covid-19 sama ada secara ‘walk-in’ atau membuat janji temu. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan berkata, orang ramai boleh merujuk aplikasi MySejahtera untuk mengetahui senarai PVV yang disediakan. Katanya , orang ramai boleh membuat janji temu menggunakan aplikasi MySejahtera, sebagaimana tatacara tempahan semasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini. Beliau juga menegaskan pengambilan vaksin Covid-19 pada masa ini adalah secara sukarela, tetapi KKM menggalakkan pengambilannya…

Read More

31 anggota, pegawai polis KL dibuang kerja tahun ini

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Dalam tempoh 11 bulan tahun ini,seramai 31 anggota dan pegawai polis di bandar raya ini dibuang kerja atas pelbagai kesalahan, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid. Jumlah yang dikenakan tindakan tegas itu bagaimanapun berkurang 41 pegawai dan anggota polis yang dibuang kerja dalam tempoh sama tahun lalu. Justeru Allaudeen menasihatkan pegawai dan anggotanya supaya sentiasa menjalankan tugas dengan berintegriti, mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi menjaga imej sendiri, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu…

Read More

Rashid Hussain Pengerusi TH

PUTRAJAYA 20 Dis. – Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Azman Mokhtar yang tamat tempoh jawatan . Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata Abdul Rashid merupakan seorang ahli perniagaan dan berjaya mengasaskan Kumpulan Perbankan RHB antara yang terbesar di Malaysia. Dalam satu kenyataan, Dr Mohd Naim berkata, Abdul Rashid juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Bhd dari 1994 hingga 1998. Katanya, selain itu beliau juga…

Read More

Malaysia halang ‘kapal Israel’ berlabuh

PUTRAJAYA 20 Dis. –  Syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, menggunakan bendera negara itu atau kapal dalam perjalanan menuju ke sana, dilarang berlabuh atau memuatkan kargo di mana-mana pelabuhan Malaysia. Perdana Menteri  Seri Anwar Ibrahim berkata, larangan itu berkuat kuasa serta merta. Susulan itu, larangan tersebut turut membabitkan kapal milik syarikat ZIM berpangkalan di Israel yang dijadual berlabuh di Westports, Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini. Anwar dalam kenyataannya berkata, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuatkuasa empat minggu dari sekarang. “Sekatan ini adalah…

Read More

Ops Ihsan ketiga tiba di Mesir

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Bantuan kemanusiaan kali ketiga untuk Palestin melalui Ops Ihsan, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish, Mesir, pada jam 7.50 pagi waktu tempatan, semalam. Dalam satu kenyataan, Sekretariat Ops Ihsan memaklumkan, penerbangan mengambil masa hampir 11 jam dengan kekuatan 10 kru, termasuk dua petugas media itu tiba kira-kira sejam lebih awal daripada jangkaan ketibaan asal. Ketibaan pesawat sewaan khas A330-200 MASKargo itu disambut pegawai Pengendalian Darat Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish bersama pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir. Manakala proses membawa keluar barangan dari pesawat itu…

Read More

Dialog ke arah PBAKL yang lebih baik 29 Disember

SEPANG 20 Dis. –  Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 menawarkan sebanyak 969 reruai atau ruang pameran, berbanding 823 reruai dalam penganjuran tahun 2023, iaitu peningkatan sebanyak 11.7 peratus. Jawatankuasa Pengelola PBAKL dalam satu kenyataan berkata, pemain industri perbukuan Malaysia setakat ini memberi sambutan yang sangat memberangsangkan terhadap penawaran reruai PBAKL 2024. “Kelebihan penempahan secara pukal disediakan kepada semua pemain yang bersedia, semenjak pengurusan PBAKL yang terdahulu. Faktor logistik susunan reruai antaranya memerlukan pihak pengurusan mengutamakan tempahan bilangan yang banyak dalam menyusun atur dewan,” kata kenyataan itu. PBAKL kali…

Read More