Terima kasih 27,778 pengundi BN

KEMAMAN 2 Dis. –  Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menzahirkan penghargaan kepada 27,778 pengundi yang memberikan sokongan kepadanya selaku calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman hari ini. Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu turut mengucapkan tahniah kepada calon Pas yang juga Menteri Besar Terengganu,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kerana berjaya mengekalkan penguasaan parti itu di kerusi Parlimen berkenaan. “Terima kasih juga kepada seluruh jentera UMNO, BN dan parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat bahagian, negeri dan seluruh negara yang bertungkus-lumus membantu…

Read More

Isyarat penolakan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dengan majoriti lebih besar menjadi isyarat jelas kepada penolakan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan. “Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pengundi atas kemenangan besar dalam PRK Kemaman. “Tahniah kepada jentera pilihan raya yang bertugas dengan penuh kesungguhan bagi memastikan kemenangan terus berpihak kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN),” katanya melalui hantaran di Facebook, hari ini. Abdul Hadi turut mengingatkan calon mewakili Pas itu iaitu  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa tanggungjawab lebih…

Read More

Kemenangan ‘buka pintu’ ke Putrajaya

KEMAMAN 2 Dis. – Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kemenangan dengan majoriti besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman hari ini sebagai ‘game changer’ serta pembuka ‘pintu’ kepada Perikatan Nasional (PN) menuju Putrajaya. “Terima kasih semua. Apa yang kita hadapi hari ini di Parlimen Kemaman, dengan majoriti tinggi hasil kerja kuat semua akan menjadi ‘game changer’ dan akan ‘buka pintu’ untuk kita menuju Putrajaya,” kata calon Pas itu. Menteri Besar Terengganu itu berkata demikian melalui ucapan sulungnya selepas diumumkan sebagai pemenang pada PRK Kemaman di hadapan ribuan penyokong Pas dan…

Read More

Tahniah Pas, UMNO jangan kecewa

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan tahniah kepada Pas atas kemenangan besar calonnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman. Katanya, dengan kemenangan itu bermakna Perikatan Nasional (PN) kekal mempertahankan 69 kerusi Parlimen ketika ini, manakala Kerajaan Perpaduan kekal didokong 152 ahli Parlimen. Melalui hantaran di Facebooknya, Dr Asyraf bagaimanapun berkata keputusan PRK itu tidak membawa apa-apa perubahan kepada Kerajaan Perpaduan. Beliau pada masa yang sama mengingatkan anggota UMNO supaya tidak kecewa dengan kekalahan itu sebaliknya terus membina kembali…

Read More

Pas kekal Kemaman dengan majoriti lebih besar

KEMAMAN 2 Dis. –  Menteri Besar Terengganu  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas menang dengan majoriti 37,220 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang berlangsung hari ini. Dr Ahmad Samsuri atau Dr Sam memperoleh 64,998 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor  memperoleh 27,778 undi. Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kemaman Ahmad Farhan Abdul Wahab kira-kira pukul 10.08 malam ini di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman, Sebanyak 428 kertas undi ditolak dengan jumlah…

Read More

Sistem pendigitalan mudah petugas SPR

CHUKAI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman hari ini sebagai perintis bagi penggunaan sistem pendigitalan petugas. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, sistem yang pertama kali diperkenalkan itu bagi memudahkan petugas SPR dalam menguruskan perjalanan pilihan raya. Bagaimanapun katanya, nama sistem itu masih belum dapat didedahkan kepada umum sehingga ia benar-benar berjalan dengan baik. “Kita ada sistem yang baru ini, jadi insya-Allah kita akan tahu keputusan lebih awal tetapi dari segi undang-undang kena tunggu peti undi sampai ke pusat penjumlahan undi. “Kita…

Read More

Urumai bukan disebabkan dendam

SEPANG 2 Dis. – Penubuhan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) bukanlah disebabkan dendam peribadi bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy yang digugurkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Sebaliknya, Ramasamy berkata penubuhan Urimai sebagai alternatif dan berkait dengan kepemimpinan yang tidak berkesan yang disediakan parti dalam menyuarakan kebimbangan masyarakat India. “Jenama DAP berbilang kaum nampaknya lebih meredakan kuasa hegemoni di negara ini. Politik kekeluargaan, feudal dan permusuhan telah merampas keberkesanan parti itu. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh parti ini untuk meringankan penderitaan masyarakat India,”…

Read More