Isyarat penolakan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dengan majoriti lebih besar menjadi isyarat jelas kepada penolakan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pengundi atas kemenangan besar dalam PRK Kemaman.

“Tahniah kepada jentera pilihan raya yang bertugas dengan penuh kesungguhan bagi memastikan kemenangan terus berpihak kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN),” katanya melalui hantaran di Facebook, hari ini.

Abdul Hadi turut mengingatkan calon mewakili Pas itu iaitu  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa tanggungjawab lebih besar menanti Menteri Besar Terengganu itu.

“Kepada Dr Samsuri, tanggungjawab lebih besar menanti,” katanya.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas menang dengan majoriti 37,220 undi selepas memperoleh 64,998 undi, manakala lawannya dari BN, Jen (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mendapat 25,023 undi.

Majoriti diperoleh calon Pas kali ini jauh lebih tinggi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti 27,179 undi.

CAPTION

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Abdul Hadi Awang (Foto hiasan dari fb Hadi)

Related posts

Leave a Comment