SEPANG 12 Mac – Agenda penyatuan dan kerjasama adalah mesej sering dulangi dalam pertemuan antara kepemimpinan Pejuang dan Bersatu, termasuk yang diadakan awal pagi tadi.
Menerusi entri di Facebook Parti Pejuang Tanah Air, hari ini, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir telah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin Yassin di kediaman Presiden Bersatu itu.
“Perjumpaan sekitar dua jam ini memperlihat kedua pemimpin serta rakan-rakan parti masing-masing bertukar pandangan tentang situasi politik semasa serta isu-isu yang mendampingi rakyat kebanyakan.
Pejuang dan Bersatu di akhir perjumpaan melahirkan ketetapan dan komitmen untuk sama-sama mempertahan perjuangan demi bangsa, demi agama dan demi negara,” kata hantaran itu.
Turut hadir, Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan Pejuang Muhammad Rafique Rashid Ali.
Nnnn
