Urumai bukan disebabkan dendam

SEPANG 2 Dis. – Penubuhan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) bukanlah disebabkan dendam peribadi bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy yang digugurkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Sebaliknya, Ramasamy berkata penubuhan Urimai sebagai alternatif dan berkait dengan kepemimpinan yang tidak berkesan yang disediakan parti dalam menyuarakan kebimbangan masyarakat India.

“Jenama DAP berbilang kaum nampaknya lebih meredakan kuasa hegemoni di negara ini. Politik kekeluargaan, feudal dan permusuhan telah merampas keberkesanan parti itu.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh parti ini untuk meringankan penderitaan masyarakat India,” kata Ramasamy yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai dan bekas Ahli Parlimen Batu Kawan.

Beliau menjelaskan, Urimai yang prapelancaran dilakukan di Kuala Lumpur baru-baru ini bukanlah parti eksklusif untuk orang India, sebaliknya keahlian akan turut dibuka kepada kaum lain selepas pendaftaran diluluskan.

“Urimai (yang bermaksud hak) ditubuhkan untuk menangani kekosongan dalam bentuk perwakilan dan kepemimpinan yang sedia ada,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Katanya, jika parti-parti politik berbilang kaum (DAP, PKR) dilihat menyediakan bentuk kepemimpinan dan perwakilan terbaik, Urimai tidak perlu muncul sama sekali.

“Tetapi malangnya, parti-parti berbilang kaum walaupun mempunyai perwakilan yang adil dan saksama, telah mengecewakan kaum bukan Melayu khususnya kaum India yang dianggap sebagai pautan yang paling lemah,” katanya.

Related posts

Leave a Comment