63 tebusan Hamas, Israel bebas

BAITULMUQADDIS : Sebanyak 63 tebusan dalam konflik perang antara kumpulan pejuang Hamas dan Israel dibebaskan semalam selepas gencatan senjata Israel-Hamas yang dirunding oleh Qatar berkuat kuasa.

Menurut jurucakap Kementerian Luar di Qatar, Majed Al-Ansari, Hamas membebaskan 24 tebusan, manakala Israel membebaskan 39 tahanan Palestin.

Al-Ansari berkata, antara tawanan yang dibebaskan selepas perjanjian antara Israel dan Hamas itu ialah 13 warga Israel, 10 warga Thailand dan seorang warga Filipina.

Beliau berkata, 39 wanita dan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel juga sudah dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu yang turut melibatkan gencatan senjata selama empat hari.

Sementara itu, Jawatankuasa Antarabangsa Bulan Sabit Merah (ICRC) di Israel berkata bahawa kumpulan tebusan dari Palestin sudah dipindahkan ke sempadan Rafah.

Tawanan Israel pula telah kembali ke wilayah Israel di mana mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum bersatu semula dengan keluarga mereka.

Menurut perjanjian yang ditaja oleh Qatar, Hamas akan membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak, daripada kira-kira 240 orang yang ditawan oleh kumpulan itu semasa serangan ke atas Israel Selatan pada 7 Oktober.

Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan sejumlah 150 wanita dan kanak-kanak Palestin ditahan di penjara Israel, yang disifatkan oleh rakyat Palestin sebagai mangsa pendudukan Israel.

(foto suasana selepas gencatan senjata – sumber fb Muslim Care Malaysia )

Related posts

Leave a Comment