SUBANG JAYA 9 Nov. – Bagi membersihkan namanya melalui proses mahkamah, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini mengumumkan mengosongkan jawatan Presiden MUDA berkuat kuasa serta-merta. Syed Saddiq, 30 berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat bersama pimpinan MUDA yang berlangsung petang ini. “Selepas berbincang, kami (pimpinan MUDA) membuat keputusan bahawa saya akan mengosongkan jawatan sebagai Presiden MUDA serta-merta sementara saya membersihkan nama melalui proses mahkamah. “Jadi, jawatan Presiden akan dipangku Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya,” katanya pada sidang media di sini, petang ini. Amirah Aisya Abd Aziz…
Read MoreDay: November 9, 2023
4 ahli Parlimen Bersatu minta tukar tempat duduk
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Empat ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon tempat duduk mereka di Dewan Rakyat ditukar. Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul berkata beliau telah menerima surat daripada Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) hari ini. Bercakap dalam sidang media di Parlimen hari ini, Johari berkata beliau akan melihat aturan dalam Dewan Rakyat sebelum membuat keputusan “Saya akan hubungi mereka ketika Deepavali, akan ada pertemuan tak rasmi.…
Read MoreSokong Anwar jika lulus peruntukan RM30 juta
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Seorang anggota Parlimen pembangkang dari Bersatu hari ini menyatakan kesediaan menyokong kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika permohonan peruntukan RM30 juta diluluskan untuk kawasannya. Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) membuat perakuan itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau berkata, permohonan peruntukan itu, antara lain bagi kerja penyelenggaraan Tabika Kemas berjumlah RM1.05 juta, pembangunan ekonomi komuniti (RM90,000) dan kemudahan ameniti sosial (RM3 juta). Selain…
Read MoreLebih ramai wakil pembangkang sokong PM?
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Kerajaan perlu bersedia berdepan realiti politik baharu susulan lebih ramai lagi Ahli Parlimen pembangkang, khususnya daripada Bersatu dijangka mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, sokongan telah ditunjukkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang kepada Perdana Menteri itu disifatkan sangat positif dan ia perlu dilihat dengan sangkaan baik. “Kita berpandangan bukan hanya empat orang (Ahli Parlimen pembangkang) ini saja… tetapi kita menjangka mungkin lebih daripada itu yang akan memberikan dukungan kepada Perdana Menteri. Kita mesti bersangka baik dalam dukungan yang diberikan,”…
Read MoreSaman: Ramasamy berjaya kumpul RM1,523,187.38
TANJONG 9 Nov. – Dana bagi membantu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, untuk membayar saman pendakwah bebas, Dr Zakir Naik, mencapai sasaran RM1,523,187.38 setakat pukul 11 pagi ini. Berikutan itu kempen pendanaan awam atau crowdfunding yang dilancarkan bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu ditamatkan. Menerusi laman Facebooknya, beliau menyampaikan ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan padu terhadap dirinya dengan menyertakan tanda pagar, #SolidarityWithProfRama. “Kami telah mencapai sebanyak RM1,523,187.38 setakat jam 11 pagi. Terima kasih atas sokongan memberangsangkan. “Pendanaan awam…
Read MoreAkur, faham, tidak mudah ditelan – Syed Saddiq
KUALA LUMPUR 9 Nov. – “Saya terima dengan hati terbuka, saya akur dan faham keputusan hari ini bukanlah keputusan yang mudah ditelan kerana ia keputusan yang mana disabitkan (kesalahan),” kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau akan memfailkan rayuan untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. “Walaupun dapat penangguhan pelaksanaan hukuman, tetapi saya perlu buat rayuan ke peringkat Mahkamah Rayuan. Namun buat masa ini, saya terima semua hukuman seadanya,” katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini. Beliau sebelum itu dijatuhi…
Read MoreRM225 juta laksana PPH di enam negeri
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Sebanyak RM225 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Penyeragaman Harga (PPH) tahun depan yang bertujuan memastikan penduduk di pedalaman dapat menikmati harga kawalan tujuh barangan yang ditetapkan. Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, berkata tujuh barangan kawalan itu adalah beras, gula, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair (LPG), petrol RON95 dan diesel. Kerajaan juga akan meningkatkan lokasi pusat jualan bagi PPH kepada 1,727 berbanding 1,061 kini yang meliputi Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Katanya PPH memberi peluang…
Read MoreSyed Saddiq dipenjara 7 tahun, 2 sebatan, denda RM10 juta
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan, serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat melakukan pecah amanah sebanyak RM1 juta dana milik sayap Angkatan Muda Bersatu (Armada) pada Mac 2020. Syed Saddiq diarah menjalani hukuman penjara selama…
Read MoreAda gerakan lemahkan Bersatu, PN – Muhyiddin
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Muhyiddin Yassin mendakwa terdapat gerakan terancang daripada parti lawan untuk melemahkan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) dengan menggunakan sogokan dan ugutan terhadap Ahli-Ahli Parlimen. Beliau yang juga Pengerusi PN berkata, Bersatu tidak akan tunduk terhadap pakatan jahat ini dan tindakan yang lebih tegas akan diambil. “Saya menyeru ahli-ahli Bersatu supaya kekal tenang dan istiqamah mempertahankan prinsip perjuangan parti sementara kepimpinan tertinggi Bersatu menangani perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pada masa yang sama, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu…
Read MoreSedia bincang tindakan tarik kad media HarakahDaily
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, akan berbincang dengan Jabatan Penerangan berhubung tindakan jabatan itu menarik balik Kad Perakuan Media wartawan HarakahDaily, baru-baru ini. Fahmi berkata, beliau difahamkan Harakah akan menghantar rayuan berhubung perkara itu dan ia dialu-alukan pihaknya. “Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah etika kewartawanan. Seperti yang Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) nyatakan tempoh hari, beliau bersedia untuk memaafkan dan tidak menjadi masalah. “Ini tidak terpakai hanya kepada Harakah tetapi juga kepada semua. Etika kewartawanan, ini yang kita tegaskan, kerjasama…
Read More