14,994 kes baharu Thailand

BANGKOK 25 April – Sebanyak 14,994 kes baharu dengan 124 kematian Covid-19 dilaporkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,180,868.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kes harian itu tidak termasuk 6,761 kes positif hasil ujian antigen.

Bagaimanapun angka semalam menunjukkan penurunan berbanding 17,784 dan  126 kematian yang direkodkan pada hari sebelumnya.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 14,932 adalah kes dalam kalangan penduduk awam, 19 melibatkan penghuni penjara dan 43 kes ketibaan dari luar negara.

Sebanyak 174,500 orang mendapatkan rawatan termasuk  43,872 di hospital, di mana 1,876 kes serius dengan masalah paru-paru.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 23,524 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 3,978,469.

Bangkok terus mengulangi kes harian tertinggi dengan merekodkan 2,967 diikuti Chon Buri 644, Khon Kaen 598, Samut Prakan 561, Nonthaburi 424, Si Sa Ket 407, Nakhon Si Thammarat 371, Roi Et 360, Nakhon Ratchasima 348 dan Buri Ram 339.

Manakala kes import pula melibatkan 14 negara termasuk lapan masing-masing dari Kemboja dan United Kingdom, lima dari Emiriyah Arab Bersatu dan empat masing-masing dari Australia dan Jerman.

Related posts

Leave a Comment