Peralihan Singapura menjelang PRU 2024

SINGAPURA 5 Nov. –  Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bersedia untuk menyerahkan pucuk kepemimpinan kepada timbalannya Lawrence Wong, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Katanya, Lawrene dan pasukan 4G (Generasi Keempat) sudah bersedia dan jika semuanya berjalan lancar beliau akan menyerahkannya menjelang ulang tahun ke-70 Parti Tindakan Rakyat (PAP) tahun depan. “Lawrence dan pasukan 4G (Generasi Keempat) telah berkhidmat selama bertahun-tahun. Mereka telah memikul tanggungjawab yang besar, dan sedang bersiap sedia untuk mengambilalih kepemimpinan. “Mereka telah membuktikan kemampuan mereka semasa Covid-19 dan sekarang sedang melakar agenda nasional. Mereka…

Read More

Wan Mohamad pimpin PUM

SHAH ALAM : Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) kali ke-43 Jumaat lalu memilih Datuk Wan Mohamad Datuk Syeikh Abdul Aziz sebagai Yang Dipertua PUM baharu bagi sesi 2023-2025. Mantan Ketua Pengarah Jakim itu yang sebelum ini Timbalan Yang Dipertua PUM untuk lebih sedekad, menggantikan Datuk al-Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir yang dilantik sebagai Penasihat (Mursyid) untuk PUM. Jawatan Timbalan pula disandang Dr Fauzi Deraman yang sebelum ini sebagai Naib  Yang Dipertua 1 manakala Prof Dr Abdul Karim Ali sebagai Naib Yang Dipertia 1. Berikut ialah senarai penuh…

Read More

PUM ambil 10 ketetapan konflik di Gaza

SHAH ALAM 5 Nov. – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyarankan kerajaan menggesa negara-negara Arab dan negara Islam menolak sebarang usaha menormalisasi hubungan dengan Israel dan terus memperkasakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin bagi menuntut sebuah negara Palestin yang merdeka. Ia antara satu daripada 10 ketetapan yang disepakati menerusi Seminar Konflik Palestin Israel anjuran PUM semalam susulan perkembangan terkini di Semenanjung Gaza. Berikut 10 ketetapan yang diambil susulan angka korban yang semakin meningkat, pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel, sekatan terhadap keperluan asas seperti sekatan akses internet, air, minyak dan elektrik serta…

Read More

Malaysia yakin FDI dari Jepun melebihi RM30 bilion

PUTRAJAYA 5 Nov. –  Kerajaan yakin pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun akan melebihi RM30 bilion (AS$6.33 bilion) tahun ini, berikutan keyakinan tinggi pelabur negara berkenaan terhadap Malaysia, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata keyakinan itu juga berdasarkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkasakan lagi hubungan dua hala khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Anwar dalam sidang media bersama dengan rakan sejawatannya, Fumio Kishida berkata, ia adalah petanda yang menggalakkan tentang keyakinan dan keinginan yang berterusan dari pelabur Jepun ke Malaysia. “Kedatangan Kishida ke Malaysia bertepatan pada masanya, ketika hubungan dua…

Read More

Sultan Nazrin hargai kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah

KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Al-Sultan Abdullah Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah atas kebijaksanaan baginda berdua mengangkat kemuliaan dan kedaulatan institusi Yang di-Pertuan Agong. Titah Sultan Perak, Al-Sultan Abdullah akan tercatat dalam sejarah menghadapi cabaran berat yang tidak ada duluan ketika bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16. “Semoga baginda berdua dilimpahi rahmat Ilahi dalam keadaan keafiatan, semoga segala amal yang disempurnakan dikurniakan Ilahi ganjaran dunia, ganjaran akhirat,” titah Sultan Perak. Menurut baginda, Al-Sultan Abdullah telah membuktikan Raja…

Read More

Henti cari keburukan, keaiban

KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan semua pihak agar berhenti berlumba mencari keburukan, saling mengaibkan dan menyebar fitnah, meruntuh dan memusnahkan. Begitu juga konspirasi jatuh menjatuhi perlu dihentikan agar dunia lebih aman, negara lebih tenteram dan rakyat hidup lebih sejahtera. “Allah mencipta manusia memiliki hati. Jauh di lubuk hati setiap manusia, terkandung perasaan keinsanan, perasaan belas, perasaan kasih sayang. “Terkandung di mata hati, perasaan kemanusiaan dan keinsanan yang harus digabungkan dan dijelmakan secara kata-kata dan perbuatan. “Hentikan perlumbaan mencari keburukan, hentikan perbuatan aib mengaibkan,…

Read More

Ubati dunia sakit dengan suara perdamaian

KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, dunia yang sedang tenat dilanda krisis perlu diubati dengan suara perdamaian. Baginda menzahirkan kebimbangan dunia yang sedang “sakit” berkemungkinan bertambah tenat jika krisis persaingan dan pergolakan dibiarkan terus berlaku, tetapi keganasan dan malapetaka kemanusiaan gagal dibendung. “Bermuafakat lebih baik daripada bersengketa, bermesyuarah lebih baik daripada bertelagah serta bermaaf-maafan lebih baik daripada berdendam. “Insaflah! Kedamaian lebih baik daripada peperangan; Insaflah! akar kemanusiaan hanya tumbuh dalam suasana persahabatan dan kerjasama; Insaflah! Kedamaian akan tinggal dalam impian jika tidak ada rasa…

Read More

Turkiye panggil pulang duta di Tel Aviv

ISTANBUL: Turkiye  memanggil pulang dutanya di Tel Aviv untuk rundingan di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Gaza. Kementerian Luar dalam satu kenyataan seperti dilaporkan media mengesahkan Sakir Ozkan Torunlar, dipanggil ke Ankara untuk berunding. Langkah itu susulan tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza akibat serangan berterusan Israel terhadap orang awam dan keengganan Israel memenuhi seruan gencatan senjata serta kemasukan bantuan kemanusiaan yang berterusan dan tanpa halangan. Tentera Israel telah memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza sejak konflik tercetus pada 7 Oktober. Sekurang-kurangnya 9,488 penduduk Palestin,…

Read More

Gaza mesti jadi sebahagian Palestin

ANKARA: Gaza mesti menjadi sebahagian daripada negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, sebaik sahaja perang Israel-Pelastin berakhir, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. Pada masa yang sama, Ankara tidak akan menyokong sebarang rancangan ‘memadamkan rakyat Palestin secara beransur-ansur’ daripada sejarah dan menggesa gencatan senjata segera dan menawarkan penubuhan sistem untuk menjaminnya. Bercakap kepada pemberita dalam penerbangan pulang dari Kazakhstan, semalam Erdogan turut mengulangi kritikannya terhadap negara-negara Barat ekoran sokongan mereka terhadap Israel. Malah berkata, kepercayaan Ankara terhadap Kesatuan Eropah ‘sangat goyah’. “Apabila semua yang berlaku ini selesai, kami mahu melihat…

Read More