Turkiye panggil pulang duta di Tel Aviv

ISTANBUL: Turkiye  memanggil pulang dutanya di Tel Aviv untuk rundingan di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Gaza.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan seperti dilaporkan media mengesahkan Sakir Ozkan Torunlar, dipanggil ke Ankara untuk berunding.

Langkah itu susulan tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza akibat serangan berterusan Israel terhadap orang awam dan keengganan Israel memenuhi seruan gencatan senjata serta kemasukan bantuan kemanusiaan yang berterusan dan tanpa halangan.

Tentera Israel telah memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza sejak konflik tercetus pada 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 9,488 penduduk Palestin, termasuk 3,900 kanak-kanak telah terbunuh.

Bekalan asas semakin berkurangan untuk penduduk Gaza kerana kepungan Israel, di samping peningkatan besar jumlah korban dan kehilangan tempat tinggal.

Related posts

Leave a Comment