Sarawak mendahului negeri lain

PUTRAJAYA 13 April – Sarawak mendahului kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607 kes (34.4 peratus) berbanding 351 kes semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 319 kes (52.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Selangor yang juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 483 kes (27.3 peratus) berbanding 303 semalam dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 133 kes (7.5 peratus) berbanding 116 semalam.

  • Sarawak: 607 kes
    • 174 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Puncak Borneo;
    • 145 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 288 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 483 kes 
    • 168 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 217 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 133 kes  
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Raja Laut dan Kluster Jalan Hishamuddin;
    • 58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 117 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tabanak dan Kluster Kampung Gayang;
    • 64 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan Covid-19

Related posts

Leave a Comment