Month: October 2023
1,447 terima anugerah kebesaran Sarawak
KUCHING 14 Okt. – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mendahului senarai 1,447 penerima anugerah kebesaran Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-87 Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini. Beliau adalah penerima tunggal Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran “Datuk Amar”. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, ) Tan Sri Azam Baki pula adalah antara sembilan penerima anugerah Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa…
Read More23 pegawai kanan terlibat pertukaran, naik pangkat
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman berkuat kuasa semalam. Berikutan itu, jawatan Mohd Azman sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak akan diambil alih Timbalannya, Datuk Mancha Anak Ata dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP). Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Polis (DCP) Alzafny Ahmad, berkata pelantikan Mohd Azman bagi menggantikan Datuk Seri Mat Kasim Karim yang bersara wajib, 30 September lalu. Mohd Azman antara 23 pegawai kanan polis yang terbabit dalam pertukaran dan kenaikan pangkat…
Read MorePadang baharu patut diberi lebih masa
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan padang baharu di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) sepatutnya diberikan lebih masa untuk berada pada kualiti terbaik. Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyuarakan pandangan di Facebook selepas kualiti permukaan padang di Stadium Nasional yang baru dinaik taraf menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia dipersoal peminat bola sepak tanah air. Ia susulan rumput di SNBJ itu tercabut di beberapa bahagian padang ketika aksi sulung Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India, malam tadi. “Padang itu…
Read MoreMedia Hari Ini Sabtu 14.10.2023
Mengekalkan ‘Kampung Cina’ bukan China Town
SEPANG 13 Okt. – Cadangan Exco Terengganu untuk menjenamakan semula Kampung Cina kepada China Town adalah sesuatu yang amat mengejut dan mengecewakan, kata Ketua Penerangan Putra Shahrulufti Sharif. Beliau menyifatkan tindakan itu adalah langkah tidak sensitif dan tidak menghormati warisan dan identiti penduduk tempatan yang telah lama menetap di kawasan tersebut. “Anda seolah-olah ingin menghapuskan sejarah dan budaya Tanah Melayu,”katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Terengganu Razali Idris. Razali dilaporkan berkata, Kerajaan Terengganu akan menjenamakan semula Kampung Cina di…
Read MoreSanusi kecewa KXP tercicir dalam Belanjawan 2024
ALOR SETAR 13 Okt. – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kecewa apabila projek berimpak tinggi yang dirancang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak disebut dalam Belanjawan 2024. Beliau berkata, kerajaan negeri sudah menyatakan bahawa apa yang diperlukan hanya kelulusan Kementerian Pengangkutan bukan pembiayaan kerana projek ini akan dibangunkan secara Inisiatif Kewangan Swasta (PFI). “Projek KXP adalah keperluan masa hadapan negara dan akan menjadi ‘economic game changer’ yang terpenting. “Kita harap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, akan menimbangkan semula cadangan ini,” katanya…
Read MoreTiada pertemuan PM dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar
KUALA LUMPUR 13 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan sokongan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid kepada Kerajaan Perpaduan adalah atas pilihan peribadi. Ahmad Zahid menegaskan tiada perjumpaan atau panggilan telefon daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada pemimpin tersebut. “Kabinet telah dimaklumkan pagi tadi bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar tidak pun telefon atau bertemu dengan Perdana Menteri atau mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri mengenai sokongan beliau kepada Kerajaan Perpaduan tanpa beliau keluar daripada partinya. Perkara ini atas peribadi beliau sendiri,” katanya dalam sidang media di…
Read MoreIntipati Belanjawan 2024 Malaysia Madani
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, pukul 4 petang 13 Oktober 2023. Ia adalah belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan. Berikut adalah intipati Belanjawan 2024: ● Belanjawan 2024 : Sejumlah RM303.8 billion diperuntukkan untuk belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 billion untuk simpanan luar jangka. ● Belanjawan 2024 : Penambahan siling RMK12 sebanyak RM15 billion menjadikan jumlah keseluruhan RM415 billion untuk tempoh lima tahun. ● Belanjawan 2024 : Beberapa langkah reformasi percukaian…
Read MoreBelanjawan 2024 peruntuk RM393.8 bilion
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2024 memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion, peningkatan ketara berbanding Belanjawan 2023 dengan peruntukan RM372.3 bilion dan Bajet 2022 yang berjumlah RM322 bilion Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan bertemakan ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’ ini menyediakan RM303.8 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM90 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM2 bilion ringgit simpanan luar jangka. “Perbelanjaan ini membabitkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun. “Penambahan ini menunjukkan kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang dan pada…
Read More