Johari penganjur Kolokium Pra-Kongres Ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan UMNO,  Johari Abdul Ghani, dilantik sebagai penganjur Kolokium Pra-Kongres Ekonomi Bumiputera. Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata penganjuran kolokium itu adalah bagi mendokong pelaksanaan Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadual berlangsung Januari depan. “Melalui kolokium ini, Johari akan menggembleng kepemimpinan UMNO semua peringkat di seluruh negara bagi mendapatkan dapatan, maklum balas dan sumbang saran. “Segala dapatan, maklum balas dan sumbang saran yang diperoleh melalui kolokium ini akan diangkat kepada Kongres Ekonomi Bumiputera…

Read More

3 muslimat Pas maut selepas hadir muktamar

SHAH ALAM 20 Okt. –  Hasrat tiga anggota Dewan Muslimat Pas yang ingin membantu mangsa kemalangan berakhir dengan tragedi apabila mereka dirempuh kereta di Kilometer 389, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara kira-kira pukul 2 petang ini. Kejadian itu mengorbankan Ketua Dewan Muslimat Pas Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, Ketua Ameerah Pas Sungai Petani, Nor Fatihah Nabilah Bukri, 23 dan Penolong Setiausaha 1 Dewan Muslimat Pas Sungai Petani, Nurul Najihah Amzi, 27. Taibah dan Fatihah maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala Nurul Najihah, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital…

Read More

UMNO ‘dibersihkan’, DAP ‘disucikan’

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyenaraikan sekurang-kurangnya tujuh kebaikan jika Pas menyertai Kerajaan Perpaduan, termasuk UMNO ‘dibersihkan’, dan DAP disucikan. Katanya, tujuh kebaikan itu akan menurunkan suhu politik negara yang memberikan manfaat kepada rakyat bagi membolehkan fokus utama kepada soal memulihkan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. “Banyak kebaikan sebenarnya jika Pas menyertai Kerajaan Perpaduan…Tiada lagi politik fitnah, politik tohmah, politik adu-domba yang merugikan dan memudaratkan,” kata Asyraf dalam hantaran di Facebook, hari ini. Menurutnya, tiada lagi kata nista, label seperti ‘sesat’,…

Read More

“Ada jemputan melalui media antarabangsa”

SHAH ALAM:  Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan walaupun ada pihak yang menyatakan terdapat ‘tujuh kebaikan’ jika parti Islam itu berbuat demikian. Presiden Pas itu berkata, partinya tidak akan masuk ke tempat yang didakwanya kotor untuk ‘membersihkan kekotoran”. “Untuk bersihkan, kita kena duduk di luar, macam mana kami nak ikut (Kerajaan Perpaduan),” katanya kepada media selepas merasmikan Muktamar Pas ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyenaraikan tujuh kebaikan jika Pas…

Read More

Penyatuan ummah tidak jejaskan hak bukan Melayu

SHAH ALAM 20 Okt. – Pas memberi jaminan bahawa penyatuan ummah yang sedang diperjuangkan oleh parti itu tidak akan menjejaskan hak orang bukan Melayu dan bukan Islam, kata Presidennya, Abdul Hadi Awang. Beliau  berkata, Pas konsisten mengajak semua pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta tokoh masyarakat untuk memperkukuhkan perpaduan ummah. “Disatukan orang Melayu Islam dan diajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem, mengikut acuan Sirah Rasulullah SAW,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan Pas ke-69 di sini hari ini. Beliau mengingatkan apabila umat Islam…

Read More

Kerajaan “double standard”, dibentuk kalangan bermasalah

SHAH ALAM 20 Okt. – Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan pada hari ini bersifat ‘double standard’ sehingga melanggar prinsip demokrasi dan Islam yang masih ‘dikepung serta dipenjara’ semata-mata kerana ingin meneruskan agenda penjajah. Presiden Pas itu berkata, kerajaan juga melanggar prinsip perlembagaan sehingga merempuh konsep federalisme dan perjanjian yang telah dimeteraikan serta melanggar sumpah yang diikrarkan. “Sikapnya terhadap kerajaan negeri yang diperintah oleh Pas-PN yang merupakan pembangkang bagi mereka, menjadi bukti nyata secara khusus sejak zaman-berzaman,” katanya dalam ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal…

Read More

Langkah ke Putrajaya terhalang, jangan tinggal semuanya

SHAH ALAM 20 Okt. –  Pas belum mencapai tahap tamkin (berkuasa) sepenuhnya dalam kerajaan Pusat walaupun parti Islam itu memenangi kerusi Parlimen yang banyak dan berjaya menguasai empat kerajaan negeri. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, parti itu memiliki jumlah besar dalam kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang membawa makna, langkah mereka ke Parlimen berjaya mendapat dukungan rakyat. “Namun, langkah kita ke Putrajaya masih lagi terhalang. Maka, kita wajib berpegang kepada para ulama yang menegaskan – Apa yang tidak dapat dilakukan semuanya, jangan pula ditinggalkan semuanya,”…

Read More

Pas, PN sedia tampil dasar, hala tuju jelas

SHAH ALAM 20 Okt. – Pas dan Perikatan Nasional PN (PN) perlu bekerja lebih kuat dan sentiasa bersedia untuk mengambil alih Kerajaan Pusat dengan menampilkan dasar, hala tuju serta kepemimpinan yang lebih jelas, kukuh, kompeten dan berwibawa. Setiausaha Agung Pas,  Takiyuddin Hassan berkata, Pas dan PN perlu bersedia mengambil alih Kerajaan Pusat memandangkan kepemimpinan kerajaan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) gagal menangani isu-isu yang membelenggu masyarakat dan negara. “Mereka sebenarnya kerajaan gagal – they won’t walk the talk (cakap tak serupa bikin). Beliau mengakui, Pas dan PN boleh mengambil alih…

Read More

38.8 peratus wanita pembuat keputusan

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Jumlah wanita yang memegang jawatan di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam kini mencapai 38.8 peratus, manakaka ssaran 30 peratus dalam sektor swasta dan korporat masih belum dicapai. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri berkata, perkara itu antara isu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Negara (MWKN) yang julung kali diadakan pada tahun ini. Mesyuarat itu juga menumpukan aspek dan inisiatif dalam menggalakkan golongan wanita untuk kembali bekerja bagi menjayakan sasaran 60 peratus penyertaan tenaga kerja kaum hawa dalam pasaran tenaga buruh yang…

Read More