BN kekal Pelangai, majoriti merosot

BENTONG 7 Okt. – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang selepas mempertahankan kerusi Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru. Bagaimanapun majoriti yang diperoleh calon BN, Amizar Abu Adam merosot iaitu 2,949 undi berbanding 4,048 undi yang dimenangi penyandangnya, Allahyarham Johari Harun. Amizar memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN),  Cikgu Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya memperoleh 43 undi. Pengumuman keputusan rasmi itu dibuat oleh Pegawai Pengurus PRK DUN…

Read More

Datuk : Sedia terima keputusan DAP

KOTA KINABALU 7 Okt. –  Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin bersedia menghadapi sebarang keputusan pucuk pimpinan DAP susulan tindakannya menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri hari ini. Ketua Biro Dasar DAP Sabah itu menerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Rasmi Ke-70 Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu pagi ini. Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu berkata, beliau sedar polisi parti yang tidak membenarkan semua ahlinya menerima sebarang darjah kebesaran selagi masih berkhidmat…

Read More

Najis tikus, lipas antara punca tutup

TANJONG 7 Okt. –  Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan tiga premis makanan di Bukit Jambul di sini, ditutup sementara selama 14 hari berikutan pelbagai kesalahan. MBPP dalam kenyataan memberitahu, penutupan itu susulan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan terhadap premis yang tidak mematuhi syarat lesen dan gagal memiliki lesen sah di kawasan pentadbiran MBPP. Antara kesalahan adalah penemuan najis tikus, lipas selain perangkap minyak tidak diselenggara manakala pekerja gagal mendapatkan suntikan anti tifoid. Kesalahan lain tidak memiliki lesen sah MBPP bagi menjalankan perniagaan dan meletak peralatan perniagaan hingga mendatangkan halangan…

Read More

RM200 juta bangun pusat penyelidikan

KUCHING 7/Okt. –  Kerajaan Sarawak melabur sejumlah RM200 juta bagi membangunkan pusat penyelidikan penyakit berjangkit dengan tenaga kepakaran termasuk dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Premier Sarawak,  Abang Johari Abang Openg, berkata tenaga pakar itu boleh bekerjasama bukan sahaja untuk menyembuhkan penyakit tetapi juga berupaya menghasilkan vaksin bagi menghalang penularan wabak merbahaya. Justeru katanya, pakar tempatan di Sarawak menjalin kerjasama dengan pakar antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Singapura bagi menangani penyakit berjangkit. “Objektif utama kolaborasi dengan pakar antarabangsa itu ialah untuk menjamin kita mempunyai vaksin sendiri apabila menghadapi sesuatu…

Read More

Batal tauliah selaras titah Sultan Selangor

SHAH ALAM 7 Okt. –  Langkah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar agama Islam bagi aktivis politik di negeri ini adalah selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pengerusi MAIS, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya tetap tegas menarik balik tauliah mengajar di negeri ini yang melibatkan aktivis politik. Beliau merujuk kepada penarikan balik tauliah yang melibatkan Ustaz Dusuki Abdul Rani sebelum ini dan terbaharu melibatkan penceramah Ustaz Abdullah Khairi Haroon yang sepatutnya berakhir Disember ini. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, penarikan balik tauliah ini…

Read More

PRK Pelangai tidak ubah apa-apa kecuali lompat parti

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai yang berlangsung hari ini, 7 Oktober 2022 tidak mampu mengubah apa-apa kedudukan sama ada bagi Barisan Nasional (BN) yang mentadbir Pahang atau Perikatan Nasional (PN) sebagai pembangkang. Jika BN menang, ia sekadar mempertahankan kerusi itu di samping boleh terus menyatakan kepada rakyat seluruh negara bahawa rakyat menyokoong Kerajaan Perpaduan manakala bagi PN, kemenangan akan menambah kerusi mengatasi BN. PN memang mengharapkan kemenangan yang ke-18 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang selepas pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, memperoleh 17 kerusi yang disumbangkan oleh Pas…

Read More

Tiga kawasan di Johor IPU tidak sihat

PUTRAJAYA 7 Okt. – Setakat pukul 9 pagi, tiga kawasan di Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi ini, manakala 54 lagi di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana. Laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan IPU tidak sihat di Johor direkodkan stesen udara Larkin, Pasir Gudang dan Batu Pahat, masing-masing dengan 156, 152 dan 122. Sementara itu, antara 54 kawasan merekodkan IPU tahap sederhana ialah Banting di Selangor dengan bacaan 90; Seremban, Negeri Sembilan (87); Alor Gajah, Melaka (85), Tanjung Malim, Perak (60);…

Read More

Keluarga suspek insiden Siam Paragon mohon maaf

BANGKOK: Kerajaan Thailand mengeluarkan permohonan maaf daripada keluarga suspek tembakan maut di sebuah pusat beli-belah, membabitkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun baru-baru ini. “Kami memohon maaf kepada mangsa, keluarga si mati dan yang cedera membabitkan insiden tembakan yang berlaku akibat tindakan anak kami di gedung membeli-belah Siam Paragon. “Kami amat sedih dan terkejut dengan kejadian ini dan menerima tanggungjawab terhadap insiden terbabit sepenuhnya,” kata kenyataan yang diedarkan dalam bahasa Thailand, Inggeris dan Cina oleh Kementerian Luar Thailand. Kenyataan itu ditandatangani bapa kepada pesalah juvana itu yang turut memberi jaminan…

Read More