KUALA LUMPUR 8 Sept. – Sambutan luar biasa rakyat yang sanggup menunggu dalam hujan lebat menyebabkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menitiskan air mata di dalam kenderaan yang dipandu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Situasi itu dapat dilihat dalam dua rakaman video pendek yang dikongsi melalui Facebook Istana Negara ketika baginda berdua dalam perjalanan Kembara Kenali Borneo, di Sabah. Menurut catatan Facebook itu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong amat terharu dengan manifestasi semangat dan kasih rakyat yang sanggup menunggu di sepanjang…
Read MoreDay: September 8, 2023
AGC masih teliti bukti baharu kes Zahid
PUTRAJAYA 8 Sept. – Jabatan Peguam Negara (AGC) bersama pasukan siasatan masih lagi meneliti kesemua bukti baharu kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi (YAB), yang membabitkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Peguam Negara, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh menjelaskan, sebarang keputusan sama ada mendakwa semula tertuduh, pihak lain atau sebaliknya akan dibuat AGC selepas selesai siasatan yang lebih terperinci dan komprehensif. Beliau menegaskan, AGC juga tidak pernah menggunakan perkataan menarik balik atau withdraw dalam kes melibatkan Ahmad Zahid sebagaimana yang dinyatakan Majlis Peguam, semalam. Dalam hal ini, AGC menafikan sekeras-kerasnya dakwaan…
Read MoreMaro : bare viral
Solat Jumaat di Brunei Darussalam
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, hari ini. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di masjid tersebut disambut Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan barisan kepemimpinan kerajaan Brunei Darussalam. Selesai menunaikan solat Jumaat, baginda turut berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong berangkat…
Read MoreUsul panggil Peguam Negara jelas kes Zahid
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengemukakan usul tergempar kepada Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada Peguam Negara memberi penjelasan mengenai keputusan lepas tanpa bebas dalam kes Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi notis usul tergempar yang disiarkan dalam Facebooknya, Wan Ahmad Fayhsal meminta sidang pada 11 September ini ditangguhkan mengikut Perkara 18 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memohon penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan penarikan balik 47 pertuduhan ke atas Timbalan Perdana Menteri itu. Katanya, usul ini adalah perkara tertentu…
Read MoreDNAA : Parlimen bukan mahkamah
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan tidak boleh dibahas dalam sidang khas Dewan Rakyat. Katanya, platform Parlimen tidak boleh ditukar untuk berperanan sebagai sebuah mahkamah bagi membincangkan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri. “Tak apa itu pandangan anak muda. Kita santuni. Mana boleh kes mahkamah nak runding di Parlimen. Dia kena faham pembahagian kuasa. Parlimen bukan mahkamah yang boleh dia tanya soalan dan kita (kerajaan) cuba…
Read MoreTiada justifikasi kes Zahid dihentikan
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Majlis Peguam menyifatkan kenyataan Pejabat Peguam Negara (AGC) mengenai keputusan bebas tanpa dilepaskan Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tidak mempunyai justifikasi sewajarnya. Presidennya, Karen Cheah, berkata adalah tidak wajar bagi AGC untuk mengaitkan penarikan balik sepenuhnya kes Ahmad Zahid itu kepada Mahkamah Tinggi dan menggunakannya sebagai alasan dalam kenyataan media daripada memberikan penjelasan terperinci. “Mahkamah Tinggi memberikan DNAA (dilepaskan tanpa dibebaskan) dan ini menyebabkan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah tidak mempunyai alternatif selain memutuskan sama ada DNAA atau pembebasan,” katanya dalam kenyataan. Karen berkata,…
Read MoreBerita pilihan…
10,000 sambut konvoi kembara Agong
LAWAS 8 Sept. – Kira-kira 10,000 penduduk menyambut ketibaan konvoi Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah malam tadi, menandakan permulaan penjelajahan bagi peringkat Sarawak. Keberangkatan tiba baginda berdua pada kira-kira pukul 8 malam disambut oleh Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Timbalan Premier Sarawak, Awang Tengah Ali Hasan. Baginda berdua diiringi Menteri Pengiring, Fadillah Yusof, yang juga Timbalan Perdana Menteri, menerima sambutan sangat meriah di mana rakyat di Lawas…
Read MoreInput berkaitan penggunaan kalimah Aklah
PUTRAJAYA 8 Sept. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mendapatkan input dan cadangan supaya parameter kawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah Allah dirangka selari dengan hasrat dan misi jabatan berkenaan. Menurut KDN, input dan cadangan berkenaan adalah seiring dengan dasar ditetapkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja, kelak. KDN meneruskan siri Majlis Libat Urus KDN Bersama Badan Pengurusan Syariah semalam bagi mendapatkan cadangan dan pandangan yang komprehensif berhubung rangka kerja pelaksanaan Arahan Pentadbiran KDN yang ditambah baik dari aspek penguatkuasaan dan kawal selia penerbitan…
Read More