6 tempatan 7 import di Singapura

SINGAPURA 5 Julai – Enam kes jangkitan tempatan dan tujuh kes import dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 62,630.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua daripada enam  kes dalam masyarakat yang direkodkan hari ini tiada kaitan dengan kes yang lalu.

Empat kes lagi berkait dengan kes-kes lalu dan sudahpun dikenakan kuarantin.

Sementara itu , tujuh kes import yang dilaporkan telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di negara ini.

Lima daripada kes itu dikesan sebaik sahaja mereka tiba di Singapura manakala dua lagi jatuh sakit semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment