Solat Jumaat di Brunei Darussalam

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, hari ini.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di masjid tersebut disambut Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan barisan kepemimpinan kerajaan Brunei Darussalam.

Selesai menunaikan solat Jumaat, baginda turut berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Brunei Darussalam melalui Pos Kawalan Imigresen Labu Temburong, selepas menyambung pengembaraan Kembara Kenali Borneo dari Lawas, Sarawak, semalam.

Seri Paduka Baginda berdua akan menyambung pengembaraan Kembara Kenali Borneo ke bandar raya Miri, Sarawak esok.

(Sumber fb Istana Negara)

Related posts

Leave a Comment