Tiada niat hukum ‘haram’ fatwa syarak

KUALA LUMPUR 6 Sept. –  Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tampil menjelaskan bahawa beliau hanya berkias apabila menyebut ‘saya bagi hukum haram’ memberikan undi kepada calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat. Katanya, tiada sebarang niat bahawa ianya adalah fatwa hukum syarak kerana sebagai seorang yang faham mengenai hukum-hakam agama, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang fatwa agama. “Apatah lagi di negara kita terdapat badan tertentu seperti Majlis Fatwa yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan fatwa selepas mengadakan muzakarah dengan para ulama dan ilmuwan yang pakar dalam bidang berkaitan,” katanya…

Read More

Selesai masalah umat Islam dengan adil

KOTA KINABALU 6 Sept. –  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Hakim Syarie di negeri ini menyelesaikan masalah umat Islam dengan adil dan sebaiknya tanpa mengambil masa yang lama. Baginda juga berharap, Hakim Syarie dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik terutamanya dalam menyelesaikan masalah umat Islam di Sabah. Titah baginda, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menentukan segala urusan berkaitan hal-hal rumah tangga, faraid, undang-undang syarak diuruskan dengan sebaiknya dan secepat mungkin berlandaskan hukum syariah dan elemen syariah. Al-Sultan Abdullah bertitah demikian semasa merasmikan Kompleks Mahkamah…

Read More

C4 Center tuntut penjelasan terbuka

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) mengemukakan tuntutan tiga perkara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid Hamidi. Dalam satu kenyataan, C4 Center menggesa Peguam Negara memberi penjelasan terbuka sepenuhnya dengan menggariskan alasan yang menyokong permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk DNAA Timbalan Perdana Menteri itu. “Sekiranya alasan AGC tidak mencukupi untuk menyokong permohonan berkenaan, maka 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Ahmad Zahid hendaklah dikembalikan,” kata kenyataan itu. Badan itu berkata justifikasi diberikan Timbalan Pendakwa…

Read More

Monopoli Bernas di Sabah perlu ditamatkan

KOTA KINABALU 6 Sept. – Sabah harus menguruskan import berasnya sendiri sekaligus menamatkan monopoli yang ketika ini dipegang oleh Padi Beras Nasional Berhad (Bernas), kata Timbalan Ketua Menteri, Dr Jeffrey Kitingan. Beliau berkata, import makanan ruji itu seharusnya diurus sendiri negeri ini dengan pendekatan lebih rapi berdasarkan landskap sosial dan keunikan geografinya. “Sudah tiba masanya Sabah membebaskan diri daripada kekangan monopoli satu entiti yang telah lama menetapkan pasaran tempatan kita. “Saya percaya perubahan ini dapat merangsang persaingan dan membawa kepada bekalan beras yang lebih stabil dan mungkin harga yang lebih…

Read More

Johan Qari terima hadiah banglo

KOTA BHARU 6 Sept. –  Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang muncul juara kategori lelaki pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63, baru-baru ini akan menerima hadiah sebuah banglo. Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, berkata hadiah bernilai RM428,500 yang akan diberi dalam tempoh terdekat adalah bagi menghargai jasa Muhammad Qayyim yang mengharumkan nama negeri. “Kita sedang meninjau banglo yang dibina anak syarikat kerajaan negeri, …yang ada sekarang ini di Tanah Merah. “Kalau dulu kita bagi banglo di Machang kepada qari Kelantan yang menjadi juara…

Read More

Anwar terima kunjungan NU

SEPANG 6 Sept. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Nahdatul Ulama (NU) pimpinan Kiyai Haji Yahya Cholil Tsaquf dan jajarannya, semalam. Beliau berkata, pertemuan berlangsung selepas selesai program Temu Anwar di Jakarta, Indonesia malam tadi, menyentuh kepentingan menguasai dan memelihara ilmu turath serta keupayaan membaca situasi semasa. “Saya singgung pengalaman panjang saya bersama Almarhum Abdurrahman Wahid (Gus Dur), mantan Presiden Indonesia serta pemimpin NU yang saya anggap sebagai sahabat yang setia dari waktu saya hadapi kesukaran dalam perjuangan politik saya. “Saya juga zahirkan penghargaan kepada kepimpinan…

Read More

MB diibarat pemandu sebuah bas

SEPANG 5 Sept. – Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan tanggungjawab beliau ‘mengemudi’ negeri ibarat diamanahkan sebagai pemandu kepada sebuah bas. Katanya, sebagai pemandu ada syarat dan peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi, begitu juga dengan penumpang di mana destinasi yang dituju juga adalah dengan persetujuan bersama. “Mengemudi negeri ini, ibarat saya diamanahkan menjadi pemandu kepada sebuah bas. Diminta menjadi pemandu bukanlah kerana sebab pandai memandu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dengan izin Allah SWT. “Jika nampak saya bawa laju atau terlalu perlahan, pasti ada penumpang yang mengeluh.…

Read More

Larangan import lembu Australia ditarik balik

PUTRAJAYA 6 Sept. – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menarik balik arahan penggantungan import lembu hidup dan kerbau dari Australia, berkuat kuasa serta-merta. Keputusan itu dibuat hasil perkongsian laporan penuh siasatan oleh Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia (DAFF), selepas dua sesi perbincangan teknikal bersama pihaknya. Selain itu, katanya, hubungan baik antara JPV dan DAFF membolehkan perkongsian maklumat dijalankan secara telus dan terperinci. “JPV ingin memaklumkan kepada pengimport ternakan lembu dan kerbau dari Australia untuk mengemukakan surat permohonan import dari JPV, sebelum membuat permohonan permit. “JPV juga ingin menegaskan semua pengimportan…

Read More

Tunaikan amanah sebaik mungkin

PUTRAJAYA 6 Sept. – “Insya-Allah saya akan tunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin,”, kata Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Peguam Negara hari ini. Beliau berkata demikian kepada media ketika mendaftar masuk sistem kehadiran secara dalam talian pukul 8.15 pagi di lobi Jabatan Peguam Negara di sini. Ahmad Terrirudin turut menjunjung kasih atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan berterima kasih kepada kerajaan atas pelantikannya. Pelantikan Ahmad Terrirudin sebagai Peguam Negara yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Idrus…

Read More