Bidaan nombor pendaftaran istimewa

PUTRAJAYA 29 Ogos – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) bermula huruf M diikuti nombor dan berakhir sekali lagi dengan huruf M, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bidaan itu akan dibuka mulai Khamis ini melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid). “Tanda indeks nombor istimewa ini dipilih dengan membawa maksud dan lambang Malaysia Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini. Loke berkata, tarikh tutup bidaan NPI itu ialah 4 September…

Read More

Rakaman suara 30 minit terakhir diperoleh

PUTRAJAYA 29 Ogos – Rakaman suara 30 minit dalam komponen ‘memory puck’ pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu, berjaya diekstrak di makmal di Florida, Amerika Syarikat (AS) semalam. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata hasil daripada ekstrak itu, Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berhasil mendapatkan rakaman suara yang jelas serta berada dalam keadaan baik. “Mengenai nahas pesawat di Elmina, semalam, dibantu jurutera di sana (Florida) membantu mendapatkan data, dan hasilnya data itu berjaya diekstrak daripada ‘memory puck’. “Jadi, semua rakaman suara dalam…

Read More

Gelombang PH landa Johor, bukan PN

ADA pandangan berbeza berhubung ‘sokongan ahli UMNO’ kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai. Ini berikutan sekurang-kurangnya 11 kain rentang mengenai cawangan UMNO menolak calon PH. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan, berkata tiada isu cawangan UMNO Bahagian Pulai menolak calon terbabit malahan ia dianggap propaganda ‘orang luar’ untuk memecah-belahkan perpaduan BN dan PH. Bagaimanapun Ketua UMNO bahagian Pulai, Nur Jazlan Mohamed mempunyai pandangan sebaliknya apabila beliau yang juga Ahli MKT itu akan menyelesaikan isu penolakan calon PH-BN oleh cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian…

Read More

Peruntukan tidak sama rata bagi ADUN Pulau Pinang

TANJONG 29 Ogos – Pulau Pinang akan meneruskan dasar pemberian peruntukan secara tidak sama rata kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertakluk status penyokong kerajaan atau pembangkang, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Beliau berkata ketika ini semua 40 ADUN bagi penggal baharu akan menggunakan baki peruntukan yang disalurkan kepada ADUN terdahulu yang masih ada baki peruntukan bagi suku tahun keempat tahun ini daripada ADUN terdahulu. “Ketika ini, peruntukan kepada pembangkang masih kekal sebab sekarang sudah masuk suku terakhir (tahun 2023). Jadi semua ADUN yang baharu akan menguruskan peruntukan…

Read More

Choo Kiang Speaker DUN Pulau Pinang

TANJONG 29 Ogos – Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Law Choo Kiang, dilantik sebagai Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi penggal ketiga berturut-turut, hari ini. Choo Kiang, 53 adalah calon tunggal dilantik bagi jawatan itu pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-15 bagi pemilihan Yang Dipertua di DUN Pulau Pinang. Pencalonan Choo Kiang dicadangkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sebelum disokong Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mohamad Abdul Hamid, pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang, hari ini.…

Read More

Hadi sembunyi fakta negara berkebajikan

MUAR 29 Ogos – Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa keputusan Pas memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu menolak hudud hanyalah alasan yang sengaja direka untuk memanipulasi rakyat. Sebaliknya, beliau mendedahkan, kata sepakat berkaitan isu hudud antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat telah pun dipersetujui. Menurut bekas Timbalan Presiden Pas itu, keputusan Pas meninggalkan DAP adalah kerana mereka mahu mewujudkan kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan UMNO selepas pilihan raya umum (PRU) pada 2013. Katanya, menjelang PRU-13 isu hudud bergema di Malaysia dan perbincangan khas antara pemimpin Pakatan Rakyat berlangsung di…

Read More