KUALA LUMPUR 19 Ogos – Pemuda Perikatan Nasional (PN) melancarkan Logo dan Tema Hari Kebangsaan Peringkat Pemuda PN di ibu pejabat Pas di sini, hari ini. Tema yang dipilih adalah ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’ berbanding tema Kerajaan Perpaduan iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN, hari ini. Katanya, logo yang diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta…
Read MoreDay: August 19, 2023
Di sebalik logo tema Hari Kebangsaan PN
LOGO dengan empat pilihan warna yang mewakili warna Jalur Gemilang iaitu biru, putih, kuning dan merah yang mempunyai maksud dan falsafahnya. Warna biru dengan kod warna: Prussian Blue yang merupakan warna bendera Perikatan Nasional (PN) membawa maksud perpaduan. Warna putih dengan kod warna: Water White yang paling ringan di mata membawa maksud kesucian. Warna kuning dengan kod warna: Selective Yellow, warna paling menonjol dan berseri membawa maksud kedaulatan. Warna merah dengan kod warna: Guardsaman Red yang ringan di mata tetapi menawan, membawa maksud keberanian. Manakala, elemen paling utama yang terdapat…
Read MoreCalon PN bagi PRK diumum minggu depan
KULAI 19 Ogos – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, akan diumumkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin minggu depan. Pengerusi PN Johor, Dr Sahruddin Jamal, berkata nama calon berkenaan sudah ada dan pihaknya hanya menunggu isyarat daripada Pusat sebelum menyusun majlis pengumuman rasmi dua calon PN berkenaan. “PN Pusat sudah bermesyuarat bagi memuktamadkan calon di dua kerusi berkenaan dan majlis pengumuman calon akan dibuat minggu depan oleh Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu. Lokasi dan tarikh akan kita umumkan…
Read MoreLaporan awal siasatan siap dalam tempoh 30 hari
PUTRAJAYA 19 Ogos – Laporan awal siasatan nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu akan disediakan dalam masa 30 hari daripada tarikh kemalangan udara itu berlaku, demikian menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini. MOT memaklumkan pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) memulakan siasatan teknikal sejak hari kejadian berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13). Dalam satu kenyataan MOT berkata, tujuan utama penyiasatan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan, dengan tujuan menyelamatkan nyawa serta mengelak berlaku kemalangan sama…
Read MoreJenazah pertama nahas pesawat dituntut keluarga
KLANG 19 Ogos – Jenazah pertama mangsa nahas pesawat di Elmina, Shah Alam dituntut oleh ahli keluarganya pada pukul 9.30 pagi tadi. Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata mayat pertama yang dikenal pasti itu adalah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32 seorang penunggang p-hailing. “Seluruh petugas, PDRM dan petugas kesihatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarham,” katanya pada sidang media di Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) hari ini. Jenazah dibawa ke Masjid Al Rahimiah di sini untuk disolatkan sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda, Kampung Jerong, Sungai…
Read MoreSuhaizan, Nazri calon Amanah hadapi PRK
SEPANG 19 Ogos – Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat, diumum sebagai calon parti itu mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, 9 September ini. Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman pula diumum sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berkata pencalonan mereka diputuskan Jawatankuasa Pemilihan Calon Bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 17 Ogos lalu. “Calon ini akan diperkenalkan dalam Majlis Memperingati Datuk Seri Salahuddin Ayob pada 23 Ogos ini di DUN Simpang Jeram,…
Read MoreBerita pilihan…
Tamatkan spekulasi berhubung kes Zahid
KUALA LUMPUR 19 Ogos – Parti Putra menggesa Peguam Negara Idrus Harun menamatkan pelbagai spekulasi serta teka-teki dalam kalangan pelbagai pihak atau orang awam berhubung pertuduhan kes terhadap Timbalan Perdana Menteri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi Biro Undang-undang dan Perlembagaan Putra, Zarina Zainal Abidin berkata, kemelut yang melanda kes ini dilihat sangat memberi impak serta meninggalkan banyak persoalan sehingga ada yang melabelkan kes ini sebagai suatu percaturan politik untuk melepaskan pihak tertentu. “Ini jelas kerana terdapat unsur serta cubaan halus untuk menggugurkan tuduhan tersebut memandangkan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC)…
Read MoreKajian asing kuasa AG dan pendakwa raya
KUALA LUMPUR 19 Ogos – Satu kajian empirikal yang komprehensif akan dilakukan dalam tempoh setahun sebelum kerajaan memuktamadkan cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman, berkata kira-kira 19 undang-undang sedia ada serta Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi melaksanakan pengasingan kuasa itu. Beliau berkata, perkara ini juga membabitkan kos yang memerlukan perbelanjaan tambahan kerajaan. Azalina berkata demikian ketika menyampaikan syarahan dalam Syarahan Parlimen Siri 3.0: Membina Semula Negara Melalui Pembaharuan di Bangunan Parlimen di sini malam tadi.…
Read More