Di sebalik logo tema Hari Kebangsaan PN

LOGO  dengan empat pilihan warna yang mewakili warna Jalur Gemilang iaitu biru, putih, kuning dan merah yang mempunyai maksud dan falsafahnya.

Warna biru dengan kod warna: Prussian Blue yang merupakan warna bendera Perikatan Nasional (PN) membawa maksud perpaduan.

Warna putih dengan kod warna: Water White yang paling ringan di mata membawa maksud kesucian.

Warna kuning dengan kod warna: Selective Yellow, warna paling menonjol dan berseri membawa maksud kedaulatan.

Warna merah dengan kod warna: Guardsaman Red yang ringan di mata tetapi menawan, membawa maksud keberanian.

Manakala, elemen paling utama yang terdapat pada logo iaitu Bunga Raya yang merupakan bunga kebangsaan lebih memanifestasikan lagi erti  pada logo “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera” ini.

Lima kelopak bunga mewakili 5 Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan selama 66 tahun negara Malaysia merdeka.

Hasil geometri yang membentuk 5 kelopak bunga raya menunjukkan kesediaan bangsa Malaysia beradaptasi dan berinovasi dalam menghadapi cabaran semasa.

Selain itu, bulatan orang pada logo dengan tangan terbuka luas atas tanda kesyukuran dan keterbukaan yang melambangkan muafakat dan kesejahteraan.

Dalam pada itu, pemilihan tulisan Poppin Typeface yang terlihat gah, profesional dan mudah dibaca ini melambangkan kesediaan PN dalam memimpin rakyat Malaysia untuk menuju kemajuan.

Yang terakhir ialah sentuhan elemen Jalur Gemilang dengan 4 warna yang mulia dan lambang Bulan Bintang yang membawa maksud kedaulatan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama rasmi dan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan menghidupkan lagi rekaan logo ini dalam menterjemahkan semangat patriotik dan kecintaan pada negara yang tiada berbelah bahagi.

Related posts

Leave a Comment