SEPANG 18 Ogos – Istana Selangor mengesahkan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada pukuk 11 pagi, Isnin ini. Dalam satu kenyataan Istana Selangor memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan bagi istiadat tersebut. Dalam masa sama, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Selangor akan turut berlangsung pada hari yang sama, pada pukul 2 petang. Sebelum ini,…
Read MoreDay: August 18, 2023
Pesawat hadapi masalah pada sayap?
KUALA TERENGGANU 18 Ogos – Masalah pada sayap pesawat adalah antara faktor yang mungkin menyebabkan sebuah pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor kata Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Katanya, berdasarkan bahan-bahan visual yang diperoleh orang awam, masalah dialami pesawat itu mungkin disebabkan kegagalan sama ada aileron atau gabungan kedua-dua kemudi atau elevator. “Melihat kepada bahan-bahan visual sahaja (dalam bentuk rakaman kamera papan pemuka kenderaan yang juga mempunyai lain-lain kekangan), saya lebih cenderung untuk percaya isu yang jadi persoalannya ialah kawalan penerbangan – lebih kepada masalah pada sayap,…
Read MoreSelepas PRN eratkan kembali persaudaraan
BANGI 18 Ogos – Masyarakat Islam digesa mengeratkan kembali tautan ukhuwah sesama saudara seIslam selepas pertembungan dua kumpulan yang saling mengumpat, mencela dan menghina semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini. Menerusi khutbah Jumaat di sini hari ini, jemaah diajak menghentikan tindakan dan percakapan yang dilarang agama sebaliknya menjaga adab, tatasusila dan saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza ideologi politik. Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu juga mengingatkan supaya mengutamakan ukhuwah Islamiah berbanding ketaksuban melampau sehingga hubungan persaudaraan diketepikan disebabkan perbezaan pandangan dan haluan dalam politik…
Read MorePulihkan UMNO bukan label melabel – Akmal
SEPANG 18 Ogos – “Cukup-cukuplahlah kita nak melabel sana sini,” itu reaksi Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh susulan tular gambar beliau bersama Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein yang digantung keahliannya. Dr Muhamad Akmal berkata, UMNO perlu dipulihkan, bukan terus dengan tuduh menuduh tanpa asas. “Tugas kita untuk kembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO, bukan menjauhkan rakyat dari UMNO,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga Exco Kerajaan Melaka itu melalui Facebooknya. Sejak semalam, tular gambar Dr Muhamad Akmal bersama Hishammuddin sehingga ada yang melabel beliau sebagai ‘budak…
Read MoreProses pencarian 95 peratus selesai
SHAH ALAM 18 Ogos – Proses pencarian di lokasi nahas jet penumpang di Persiaran Elmina dekat sini semalam hampir selesai, dengan lima peratus lagi baki operasi itu kini tertumpu kepada mencari cebisan badan 10 mangsa yang masih tertinggal. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata,, pihaknya kini dalam peringkat akhir mencari jika masih ada cebisan badan mangsa yang tertinggal. “Semua mayat dan cebisan badan yang kita jumpa sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dalam masa terdekat. Sejumlah 22 waris juga sudah diambil sampel…
Read MoreBerita pilihan…
Kekosongan dimaklumkan dalam masa terdekat
KLANG 18 Ogos – Kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johari Harun. Speaker DUN Pahang, Mohd Sharkar Shamsudin, berkata pihaknya akan membantu menyelesaikan urusan pengebumian Allahyarham Johari terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut. Apa-apapun kita mahu selesaikan urusan jenazah ini terlebih dahulu,” katanya di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, malam tadi. Johari, 53, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang adalah seorang…
Read MoreHenti kongsi, sebar gambar video nahas
PUTRAJAYA 18 Ogos – Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu yang melakukan perkongsian gambar atau video mangsa tragedi nahas pesawat yang terhempas di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam. Dalam satu kenyataan hari ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata pihak yang melakukan perkongsian boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. “Berkongsi gambar atau rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa malah melanggar prinsip serta etika yang paling asas,” kata MCMC yang turut menggesa semua pihak untuk…
Read More