SEREMBAN 13 Ogos – UMNO seharusnya diberikan peluang untuk jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan berikutan parti itu (Barisan Nasional) memenangi kerusi yang lebih banyak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam. Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Faizal Azumu, berkata, BN/UMNO memenangi 14 daripada keseluruhan 17 kerusi yang ditandingi parti itu di Negeri Sembilan pada PRN kali ini. “Di Negeri Sembilan, UMNO mendapat kerusi terbanyak, seharusnya Pakatan Harapan (PH) perlu berlapang dada memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Jalaluddin Alias di atas kejayaan mereka. “Itulah semangat perpaduan…
Read MoreDay: August 13, 2023
PH-BN cadang fail petisyen pilihan raya
SHAH ALAM 13 Ogos – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempertimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya, bagi membatalkan keputusan beberapa kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN), dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, semalam. Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari, berkata antaranya ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang mana majoriti kemenangan adalah rendah. Beliau berkata, keputusan bagi empat kerusi terbabit menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30). “Selain majoriti…
Read MoreUMNO terus lemah jika ‘dibiarkan’
SELEPAS lapan bulan menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatatkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, UMNO dimalukan lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila gagal memenangi kerusi di Kedah dan Terengganu. Hanya di Negeri Sembilan, UMNO mampu menyerlah dengan memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala di Pulau Pinang dan Selangor masing-masing menang dua kerusi dan satu lagi kerusi di Kelantan. Jika dikira jumlah kalah, UMNO tewas 30 kerusi di Kelantan, semua 27 kerusi di Terengganu kecundang, di Kedah kalah semua 15 kerusi, di Selangor 10 calonnya tewas,…
Read MoreUMNO perlu kembalikan kepercayaan rakyat
KUALA LUMPUR 13 Ogos – UMNO perlu terus bekerja kuat untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dengan memfokuskan kepada prestasi khidmat dan kerja dalam urusan pentadbiran serta pengurusan negara, termasuk aspek ekonomi. Setiausaha Agungnya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pada masa yang sama, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melakukan proses introspeksi atau proses penilaian diri secara menyeluruh dan muhasabah dalaman secara terperinci. “Bagi pentadbiran di peringkat Persekutuan, biarlah rakyat menilai prestasi, di samping negeri di bawah Kerajaan Perpaduan termasuk tiga negeri yang berjaya dikekalkan dalam PRN kali ini,” katanya dalam kenyataan…
Read MoreKon Yeow kekal KM Pulau Pinang
TANJONG 13 Ogos – Pulau Pinang menjadi negeri pertama membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila Chow Kon Yeow mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri bagi penggal kedua di Seri Mutiara, di sini pagi ini. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, itu mengangkat sumpah jawatan di Seri Mutiara, selepas gabungan PH-BN itu memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada PRN semalam. Chow, 65, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang,…
Read MoreTugas berat dua wakil PH-BN Kelantan
KOTA BHARU 13 Ogos – Dr Hafidzah Mustakim, bertekad untuk memberi impak dari segi semak dan imbang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, demi kepentingan rakyat. Timbalan Ketua Wanita PH Kelantan itu yang memenangi kerusi DUN Kota Lama, menyifatkan kemenangan dua kerusi gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan termasuk DUN Galas yang dimenangi Shahbudin Hashim dari BN sebagai tugas berat. Walaupun menjangkakan bakal berdepan dengan cabaran yang hebat, beliau yakin gabungan PH-BN, khususnya kepemimpinan tertinggi dapat membantu wakil dari dua DUN itu dalam menjalankan tanggungjawab. “Saya tidak bergerak…
Read MoreMUDA terima dengan hati terbuka
PETALING JAYA 13 Ogos – Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam yang menyaksikan parti itu bukan sahaja tewas kesemua 19 kerusi malah hilang wang deposit. Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas segala kesilapan dan percaya kekalahan kali ini akan mematangkan mereka sebagai pemimpin muda. Ahli Parlimen Muar itu berkata, mereka perlu menerimanya dengan hati terbuka dalam melangkah ke hadapan dan PRN ini adalah langkah sulung dalam perjalanan MUDA yang masih panjang dan parti itu…
Read MoreBerita pilihan…
96 calon hilang wang deposit
PUTRAJAYA 13 Ogos – Seramai 96 calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri semalam, hilang wang deposit apabila gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira. Daripada jumlah itu semua calon daripada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) terpaksa melepaskan kesemua deposit mereka apabila kecundang dalam cubaan merebut tempat di 20 DUN yang ditandingi. Antara calon MUDA yang tewas ialah Setiausaha Agungnya, Amir Hariri Abd Hadi yang memperoleh 1,834 undi di DUN Seri Serdang manakala R. Thanusha mendapat 2,357 undi di…
Read MoreKelantan catat keluar mengundi terendah
PUTRAJAYA 13 Ogos – Kelantan merekodkan kehadiran pengundi paling rendah dalam kalangan enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh, berkata Kelantan yang mempertandingkan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya merekodkan 60.96 peratus keluar mengundi. Beliau berkata, Terengganu yang menyaksikan 32 kerusi disapu bersih oleh calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding menggunakan logo Pas, merekodkan kehadiran pengundi tertinggi iaitu 74.79 peratus. Katanya, kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang berlangsung serentak dan dimenangi oleh calon Pas yang menewaskan…
Read More