PUTRAJAYA 13 Ogos – Kelantan merekodkan kehadiran pengundi paling rendah dalam kalangan enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh, berkata Kelantan yang mempertandingkan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya merekodkan 60.96 peratus keluar mengundi.
Beliau berkata, Terengganu yang menyaksikan 32 kerusi disapu bersih oleh calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding menggunakan logo Pas, merekodkan kehadiran pengundi tertinggi iaitu 74.79 peratus.
Katanya, kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang berlangsung serentak dan dimenangi oleh calon Pas yang menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) turut merekodkan jumlah pengundi 73.34 peratus.
“Jumlah peratusan keluar mengundi meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi,” katanya pada sidang media malam tadi.
KEPUTUSAN PRN 6 NEGERI
1. KEDAH
– Peratusan keluar mengundi – 73.86 peratus
Keputusan: 36 kerusi
Perikatan Nasional (PN) 33 kerusi
Pakatan Harapan (PH) 3
Jumlah – 36 kerusi
2. KELANTAN
– Peratusan keluar mengundi – 60.96 peratus
Pas – 43 kerusi
BN – 1
PH – 1
Jumlah – 45
3. TERENGGANU
Peratusan keluar mengundi – 74.79 peratus
Pas – 32
Jumlah – 32
4. PULAU PINANG
– Peratusan keluar mengundi – 72.67 peratus
PH – 27
PN – 11
BN – 2
Jumlah – 40
5. SELANGOR
– Peratusan keluar mengundi – 72 peratus
PH – 32
PN – 22
BN – 2
Jumlah 56
6. NEGERI SEMBILAN
– Peratusan keluar mengundi 68.35 peratus
PH – 17
BN – 14
PN – 5
Jumlah 36
