Kon Yeow kekal KM Pulau Pinang

TANJONG 13 Ogos – Pulau Pinang menjadi negeri pertama membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila Chow Kon Yeow mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri bagi penggal kedua di Seri Mutiara, di sini pagi ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, itu mengangkat sumpah jawatan  di Seri Mutiara, selepas gabungan PH-BN itu memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada PRN semalam.

Chow, 65, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, pada pukul 9 35 pagi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Mohd Sayuthi Bakar serta barisan pimpinan PH dan Barisan Nasional (BN) negeri.

Pengerusi DAP Pulau Pinang itu yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan sebelum ini pernah diumumkan akan dilantik sebagai calon Ketua Menteri oleh PH jika parti itu memenangi PRN.

Pada PRN semalam, DAP memenangi 19 kerusi diikuti PKR 7, BN 2 dan Amanah 1 manakala Perikatan Nasional (PN) menang 11 kerusi iaitu Pas 7 dan Bersatu 4.

Related posts

Leave a Comment