SHAH ALAM 4=Sept. – Perikatan Nasional (PN) bertekad menjadikan Selangor sebagai ‘Super Smart State’ jika parti itu diberikan mandat oleh rakyat dan berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, antara inisiatif akan dilaksanakan adalah menarik pelabur asing yang berkemahiran dan berteknologi tinggi, sekali gus menyediakan peluang pekerjaan berkualiti terutamanya kepada anak muda Selangor. Katanya, kerajaan negeri hari ini gagal menarik pelabur berteknologi tinggi, malah pelaburan yang ada masih berintensifkan tenaga pekerja asing. “Kalau ini berterusan, tidak…
Read MoreDay: August 4, 2023
7 tunjang, 25 pendekatan, 112 tawaran
SHAH ALAM 4 Ogos – Perikatan Nasional (PN) menawarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor membabitkan nilai lebih RM2 bilion sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Pengerusinya, Muhyiddin Yassin berkata pakej rangsangan bertemakan ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ itu merangkumi tujuh tunjang utama, 25 pendekatan dan 112 tawaran. Tujuh tunjang itu adalah Semarak Masyarakat Harmoni, Sejahterakan Kehidupan Rakyat, Junjung Prinsip Tadbir Urus dan Politik Yang Bersih, Ekonomi Masa Hadapan Yang Utuh, Wanita Teras Masyarakat dan Ekonomi Negeri, serta Alam Lestari dan Infrastruktur Bestari.…
Read More“Tiada siapa paksa keluar UMNO”
KOTA BHARU 4 Ogos – Bekas Ketua Pemuda UMNO Ketereh, Afiq Amani Annuar menjelaskan tindakannya keluar parti adalah atas kerelaannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak lain termasuk bapanya. Anak Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Annuar Musa itu sebaliknya berkata tindakannya itu diambil kerana mendakwa perjuangan UMNO sudah tidak selari dengan perjuangan asal. Susulan peletakan jawatan dan keluar dari UMNO, beliau tidak menyertai mana-mana parti termasuk Pas, sebaliknya mahu berehat daripada politik, tetapi akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN). “Selepas beberapa bulan menjadi Ketua Pemuda UMNO Ketereh, saya menggalas tanggungjawab berkenaan…
Read MoreKetua Pemuda UMNO Ketereh sokong PN
KOTA BHARU 4 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani yang juga anak kepada Annuar Musa antara pemimpin yang diumumkan keluar UMNO bahagian itu dan kini menyokong Perikatan Nasional (PN). Selain itu, Ketua Wanita UMNO Ketereh, Sabariah Hamzah turut keluar UMNO dan menyokong PN, diikuti pimpinan lain daripada UMNO Ketereh. Perkara itu diumumkan Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) pada sidang media khas di kediamannya di sini, petang ini yang turut dihadiri Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan. Afiq Amani bagaimanapun setakat…
Read MoreKursus Intensif Bahasa Arab di Universiti Madinah
KAJANG 4 Ogos – Universiti Islam Selangor (UIS) melalui anak syarikatnya KUISCELL akan menganjurkan Kursus Intensif Bahasa Arab di Madinah dengan kerjasama Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) selama 25 hari mulai 3 November depan. Program Kibar Madinah 4.0 dengan motto Menelusuri Jejak Bahasa Rasulullah itu, menawarkan tempat kepada 90 orang peserta dengan anggaran kos antara RM20,699 sehingga RM25,999 seorang. Bagi tujuan itu satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua belah pihak berlangsung di Dewan Senat UIS, Bandar Seri Putra dekat sini hari ini. Menurut Pengarah dan Penasihat…
Read MoreDominic anggap segalanya selesai
BAYAN LEPAS 4 Ogos – Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau menerima dengan hati terbuka permohonan maaf Pas berhubung insiden beliau diminta meninggalkan Ceramah Mega Terbaik Perikatan Nasional (PN) di Sungai Dua yang turut dihadiri Abdul Hadi Awang, Selasa lalu. “Saya ‘reda’ dengan apa yang berlaku dan saya terima dengan hati terbuka permohonan maaf Pas. “Tetapi apa yang ingin saya katakan ini adalah kesilapan kecil dan sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. “Saya sudah terima permohonan maaf tetapi apa yang saya ingin katakan adalah mari kita simpulkan apa…
Read MoreBerita pilihan…
Pas mohon maaf insiden Dominic di Sungai Dua
KUALA LUMPUR 4 Ogos – Pas merakamkan rasa kurang selesa sekali gus meminta maaf atas insiden melibatkan Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau, yang dilihat tidak dialu-alukan ke majlis Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua, Tasek Gelugor, yang turut dihadiri oleh Presiden Pas baru-baru ini. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, berkata walaupun Dr. Dominic kemudiannya dilaporkan menolak dakwaan bahawa beliau “diminta keluar” dari situ , namun bagi kepemimpinan Pas Pusat, kehadiran beliau perlu diterima dan dihargai sebagai tetamu berdasarkan akhlak dan prinsip-prinsip Islam. “Selain itu, parti pimpinannya Gerakan juga merupakan…
Read MoreMBI Kedah minta Saifuddin betulkan fakta
ALOR SETAR 4 Ogos – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dituntut memperbetul kenyataannya dalam isu berkaitan unsur nadir bumi (REE) serta berhenti daripada terus menyebarkan kenyataan yang mengelirukan umum. Dalam satu kenyataan malam tadi, Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah berkata pihaknya akan menyerahkan perkara berkenaan kepada proses perundangan sekiranya tiada sebarang tindakan diambil Saifuddin. “Terdapat penularan video di media sosial melalui platform Tiktok dan Facebook berhubung kenyataan Saifuddin mengenai REE dan MBI Kedah. “Lanjutan itu, MBI Kedah membuat penelitian terhadap klip-klip video tersebut dan terdapat dakwaan dan kenyataan yang…
Read More