Seri Paduka santuni rakyat pada Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyantuni rakyat pelbagai kaum yang hadir pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya hari ini.

Baginda berdua dalam aksi spontan, luar daripada kebiasaan dan protokol, meluangkan masa hampir sejam beramah mesra, bersalaman dan mengambil swafoto dengan peserta perarakan dan pengunjung.

Pasangan diraja itu juga dilihat berpimpin tangan dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang yang dimainkan di lokasi sambutan itu, ketika berjalan di pekarangan dataran sejurus acara sambutan selesai.

Al-Sultan Abdullah turut dilihat mendukung seorang kanak-kanak lelaki dan Tunku Azizah pula memberi isyarat ‘mini love’, ‘flying kiss’ dan melambai kepada khalayak ramai.

Related posts

Leave a Comment