KUALA TERENGGANU 27 Julai – Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim diumumkan sebagai calon yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Husain Awang mengumumkan demikian pada Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila di sini malam ini. Pada PRU15 lalu, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu selepas memperoleh 63,016 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zuber Embong (22,109), calon PH Raja Kamarul…
Read MoreDay: July 27, 2023
Tiada nama Annuar, Nik Abduh di Kelantan
KOTA BHARU 27 Julai – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Abdul Hadi Awang Kechik dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah pada 12 Ogos ini. Turut dicalonkan bekas Pengarah Pejabat Tanah Galian (PTG), Zamri Ismail yang akan mempertahankan kerusi DUN Kota Lama yang dikuasai Pas sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999. PN Kelantan mempertaruhkan 23 calon baharu atau 51.1 peratus dan daripada jumlah itu, PN mengetengahkan masing-masing 10 golongan ulama, teknokrat dan aktivis, lapan calon golongan profesional, lima orang…
Read MoreBekas timbalan menteri calon PN Juasseh
SEREMBAN 27 Julai – Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith adalah antara 34 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini. Pengerusi PN Negeri Sembilan, Ahmad Faizal Azumu berkata, Eddin akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh. Ketika mengumumkan senarai calon pada Majlis Pengisytiharan Calon PN negeri itu di Dewan Perdana Kris, malam ini, Ahmad Faizal turut menamakan Pesuruhjaya Pas negeri, Rafiei Mustapha sebagai calon di DUN Pilah. Selain itu, anak lelaki bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,…
Read MoreSemua calon Gerakan tandatangani SD
KUALA LUMPUR 27 Julai – Semua 36 calon parti Gerakan yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyatakan kesetiaan kepada parti, kata Naib Presidennya, Koo Shiaw Lee. Beliau berkata, semua calon juga bebas kes jenayah dan rasuah dengan menjalani pemeriksaan dengan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Semua calon sudah menandatangani SD dan ini bertujuan untuk memastikan calon Gerakan jika menang tidak akan lompat parti. “Ini adalah sebagai satu jaminan kepada pengundi bahawa calon Gerakan tidak main-main dan untuk mengelak daripada berlaku perkara…
Read MorePresiden Gerakan calon PN di Bayan Lepas
KUALA LUMPUR 27 Julai – Perikatan Nasional (PN) mengesahkan bahawa Presiden Gerakan Dr. Dominic Lau Hoe Chai sebagai calon PN N.38 Bayan Lepas pada Pilihan Raya Negeri ((PRN) pada 12 Ogos ini. Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan media berjata, pencalonan itu dipersetujui oleh Majlis Presiden PN. “Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Parti Gerakan merupakan calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Bayan Lepas, Pulau Pinang, setelah dipersetujui oleh Majlis Presiden Perikatan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan petang ini. Ketika…
Read MorePencalonan Harrisson bukan satu kejutan
PUTRAJAYA 27 Julai – Pencalonan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, Harrisson Hassan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mewakili Perikatan Nasional (PN) bukan kejutan, kata Dr Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata, beliau sudah mendengar khabar angin mengenai perkara itu sejak sebulan lalu dan malam tadi disahkan apabila nama Harrisson diumumkan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram. “Kita mendengar khabar angin mengenai perkara itu kira-kira sebulan yang lalu, tetapi apabila ia disahkan untuk bertanding atas tiket parti lain, maka mengikut Perlembagaan UMNO dan juga…
Read MoreBekas anggota DAP tanding Bebas
BATU KAWAN 27 Julai – Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini, bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel mengumumkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Prai sebagai calon Bebas pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini. Beliau yang keluar DAP semalam akan berkempen dengan ‘tagline’ Menyelamatkan Pulau Pinang daripada Lim Guan Eng’. David bagaimanapun menjelaskan walaupun akan menentang calon DAP pada PRN itu, beliau akan tetap menyokong Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan akan mempertahankan kedudukan Pengerusi DAP negeri itu.…
Read MorePN tanding 56 kerusi DUN Selangor
GABUNGAN yang membentuk Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Daripada jumlah kerusi itu, Bersatu akan diwakili oleh 21 calon diikuti Pas 17 dan Gerakan 8 manakala 10 calon mewakili Bersatu-Bersekutu, iaitu satu daripada sayap Bersatu.
Read MoreBerita pilihan…
Sekilas ekonomi madani
🔺Kerajaan tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, lebih 10 juta orang layak. 🔺Kredit e-tunai RM100 untuk rakyat dewasa Malaysia berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, merangkumi lebih 10 juta rakyat B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion. 🔺Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju. 🔺Kerajaan akan menumpukan usaha untuk mengantarabangsakan syarikat pemula dan PKS tempatan. 🔺Belanjawan MADANI 2023 bakal mengandungi lebih 70 inisiatif untuk perniagaan mikro dan kecil, menumpu kepada…
Read More