KUALA TERENGGANU 27 Julai – Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim diumumkan sebagai calon yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Husain Awang mengumumkan demikian pada Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila di sini malam ini.
Pada PRU15 lalu, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu selepas memperoleh 63,016 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zuber Embong (22,109), calon PH Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (10,946) dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar, 481 undi.
Bagaimanapun, kemenangan Ahmad Amzad terbatal selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lalu menerima petisyen yang difailkan calon BN, Mohd Zuber untuk membatalkan kemenangannya pada PRU15.
Sementara itu, nama 32 calon untuk PRN diumumkan di mana Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar disenaraikan untuk mempertahankan kerusi Ru Rendang.
Senarai penuh calon PN
N.01 Kuala Besut – Azbi Salleh
N.02 Kota Putera – Haji Nur Khuzaini Abdul Rahman
N.03 Jertih – Dr. Riduan Mohd Nor
N.04 Hulu Besut – Mohd Husaimi Hussin
N.05 Jabi – Dr. Azman Ibrahim
N.06 Permaisuri – Mohd Yusop Majid
N.07 Langkap – Azmi Maarof
N.08 Batu Rakit – Ustaz Mohd Shafizi Ismail
N.09 Tepuh – Ustaz Hisyamuddin Abdul Karim
N.10 Buluh Gading – Ustaz Ridhuan Hashim
N.11 Seberang Takir – Khazan Che Mat
N.12 Bukit Tunggal – Sr. Haji Zaharudin Zahid
N.13 Wakaf Mempelam – Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
N.14 Bandar – Ustaz Ahmad Shah Muhamed
N.15 Ladang – Hajjah Zuraida Md Noor
N.16 Batu Buruk – Ustaz Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi
N.17 Alur Limbat – Haji Ariffin Deraman
N.18 Bukit Payung – Dato’ Ustaz Mohd Nor Hamzah
N.19 Ru Rendang – Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Samsuri Mokhtar
N.20 Pengkalan Berangan – Ustaz Sulaiman Sulong
N.21 Telemung – Mohd Zawawi Ismail
N.22 Manir – Ustaz Haji Hilmi Dato’ Harun
N.23 Kuala Berang – Dr. Haji Mamad Puteh
N.24 Ajil – Ustaz Haji Maliaman Kassim
N.25 Bukit Besi – Haji Ghazali Sulaiman
N.26 Rantau Abang – Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli
N.27 Sura – Dr. Tengku Muhamad Fakhruddin Tengku Fauzi
N.28 Paka – Dato’ Ustaz Haji Satiful Bahari Mamat
N.29 Kemasik – Ir. Saiful Azmi Suhaili
N.30 Kijal – Razali Idris
N.31 Cukai – Haji Hanafiah Mat
N.32 Air Putih – Mohd Hafiz Adam
