KOTA BHARU 27 Julai – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Abdul Hadi Awang Kechik dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah pada 12 Ogos ini.
Turut dicalonkan bekas Pengarah Pejabat Tanah Galian (PTG), Zamri Ismail yang akan mempertahankan kerusi DUN Kota Lama yang dikuasai Pas sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.
PN Kelantan mempertaruhkan 23 calon baharu atau 51.1 peratus dan daripada
jumlah itu, PN mengetengahkan masing-masing 10 golongan ulama, teknokrat dan aktivis, lapan calon golongan profesional, lima orang muda dan dua wanita.
Bagaimanapun senarai itu tidak menampilkan nama Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Annuar Musa dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang disebut-sebut akan dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.
Pengerusi PN negeri Ahmad Yakob mengumumkan nama-nama calon itu dalam Majlis Pengisytiharan Calon PN Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam ini.
Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah turut mempertahankan kerusi masing-masing iaitu DUN Pasir Pekan dan DUN Panchor.
Pada masa sama, dua Exco kerajaan negeri digugurkan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Mumtaz Md Nawi dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Hanifa Ahmad.
Tujuh lagi Exco kekal dengan mempertahankan kerusi masing-masing.
Secara keseluruhan, senarai calon PN di Kelantan menyaksikan 39 kerusi terdiri daripada calon Pas, manakala enam kerusi calon daripada Bersatu.
Terdahulu, Ahmad dalam ucapannya menyifatkan PRN kali ini mencatatkan sejarah apabila mengetengahkan calon baharu yang paling ramai.terdiri daripada pelbagai bidang yang diyakini mampu mendapat sokongan pengundi.
“Calon yang diumumkan malam ini sudah melalui proses ‘pembersihan’ menerusi Majlis Syura Ulama.
“Kita harap calon yang ditampilkan mempunyai integriti yang tinggi bagi meneruskan legasi integriti kerajaan Kelantan selama 33 tahun.
“Insya-Allah, tiada dalam kalangan kita membuat fakta bohong atau kelentong serta sebagainya dalam tempoh berkempen dan kita juga mengharapkan mereka mendapat sokongan pengundi,” katanya.
Berikut adalah senarai calon PN di Kelantan
N01 – Pengkalan Kubur – Wan Roslan Wan Hamat
N02 – Kelaboran – Mohd Adanan Hasan
N03 – Pasir Pekan – Ahmad Yakob
N04 – Wakaf Bharu – Mohd Rusli Abdullah
N05 – Kijang – Dr Izani Husin
N06 – Chempaka – Nik Baharum Nik Abdullah
N07 – Panchor – Mohd Amar Nik Abdullah
N08 – Tanjung Mas – Rohani Ibrahim
N09 – Kota Lama – Zamri Ismail
N10 – Bunut Payong – Shaari Mat Yaman
N11 – Tendong- Rozi Muhamad
N12 – Pengkalan Pasir – Mohamad Nasrif Daud
N13 – Meranti – Mohd Nassuruddin Daud
N14 – Chetok – Zuraidin Abdullah
N15 – Gual Periuk – Kamaruzaman Mohamad
N16 – Apam Putra – Zamakhsari Muhamad
N17 – Salor – Saizol Ismail
N18 – Pasir Tumboh – Abdul Rahman Yunus
N19 – Demit – Asri Daud
N20 – Tawang – Harun Ismail
N21 – Pantai Irama – Huzaimy Che Husin
N22 – Jelawat – Zameri Mat Nawang
N23 – Melor – Wan Rohaimi Wan Daud
N24 – Kadok – Azami Mohd Nor
N25 – Kok Lanas – Mohamed Farid Mohamed Zawawi
N26 – Bukit Panau – Abd Fattah Mahmood
N27 – Gual Ipoh – Bahari Mohd Noor
N28 – Kemahang – Md Anizam Ab Rahman
N29 – Selising – Tuan Mohd Sarifuddin Tuan Ismail
N30 – Limbongan – Nor Asilah Mohamed Zain
N31 – Semerak – Norsham Sulaiman
N32 – Gaal – Muhamad Rodzi Jaafar
N33 – Pulai Chondong – Azhar Salleh
N34 – Temangan – Mohamed Fadzli Hassan
N35 – Kemuning – Ahmad Zahran Mohd Nor
N36 – Bukit Bunga – Mohd Almidi Jaafar
N37 – Ayer Lanas – Kamaruddin Md Nor
N38 – Kuala Balah – Abdul Hadi Awang Kechik
N39 – Mengkebang – Zubir Abu Bakar
N40 – Guchil – Hilmi Abdullah
N41 – Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah
N42 – Dabong – Ku Zaki Ku Husin
N43 – Nengiri – Mohd Azizi Abu Naim
N44 – Paloh – Shaari Mat Hussain
N45 – Galas – Mohd Tarmizi Abd Rahman
