🔺Kerajaan tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, lebih 10 juta orang layak.
🔺Kredit e-tunai RM100 untuk rakyat dewasa Malaysia berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, merangkumi lebih 10 juta rakyat B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.
🔺Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju.
🔺Kerajaan akan menumpukan usaha untuk mengantarabangsakan syarikat pemula dan PKS tempatan.
🔺Belanjawan MADANI 2023 bakal mengandungi lebih 70 inisiatif untuk perniagaan mikro dan kecil, menumpu kepada akses pinjaman, jaminan pembiayaan.
🔺Pengukuhan kewangan Islam akan menekankan pembiayaan ekuiti termasuk venture capital, equity crowdfunding dan ekonomi digital Islam, kewangan sosial Islam termasuk zakat, wakaf dan sadaqah, serta kaedah blended finance.
🔺Kerajaan alu-alukan syarikat pemula Malaysia seperti PolicyStreet, Dropee, Lapasar, dan Funding Societies yang boleh menjadi agen perubahan sektor PMKS melalui penyediaan pembiayaan alternatif seperti equity crowdfunding.
🔺Kerajaan akan melaksanakan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding KDNK kepada tahap 45 peratus selaras tahap negara lebih maju.
🔺Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju.
🔺Kerajaan berhasrat laksanakan levi pekerja asing berperingkat dengan sebahagian peningkatan hasil levi dikhususkan untuk program automasi serta latihan untuk pekerja tempatan .
🔺Kerajaan akan melaksanakan dasar perindustrian mengikut geografi iaitu pengkhususan aktiviti dan pelaburan mengikut wilayah supaya sejajar dengan kelebihan serta tahap pembangunan setiap wilayah .
