PRN: Dr M yakin BN menang semua negeri

KOTA BHARU 21 Julai – Dr Mahathir Mohamad melahirkan keyakinannya yang Perikatan Nasional (PN) mampu memperoleh kemenangan di enam negeri yang berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Berucap pada kemunculan pertamanya di atas pentas PN, bekas Perdana Menteri itu turut berharap semua pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memberi kemenangan kepada PN kelak. “Saya harap kita dapat sapu bersih PRN tidak lama lagi. Saya yakin kemenangan akan dicapai bukan sahaja di Kelantan, Terengganu dan Kedah, sebaliknya turut membabitkan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. “Kita lihat…

Read More

BN tanding 31 kerusi DUN Kelantan

KUALA LUMPUR 21 Julai – Ketua UMNO bahagian Jeli  Mohd Adhan Kechik adalah antara 31 calon yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Beliau diletakkan sebagai calon di N36 Bukit Bunga yang sebelum ini dimenangi Mustapa Mohamed yang kemudiannya menyertai Bersatu. Turut diletakkan sebagai calon yang mempertahankan kerusi dimenangi sebelum ini adalah Ab Aziz Yussof (N43 Nenggiri), Amran Arifin (N44 Paloh) dan Mohd Syahbuddin Hashim (N45 Galas). Senarai penuh calon BN Kelantan N01 Pengkalan Kubor – Datuk Zulkifli Abdullah N02 Kelaboran –…

Read More

Megat Zulkarnain ketuai 12 calon BN Selangor

KUALA LUMPUR 21 Julai – Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor  Megat Zulkarnain Omardin mengetuai cabaran 12 calon Barisan Nasional (BN) Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Ketua UMNO Gombak itu akan bertanding di DUN Gombak Setia yang sebelum ini dimenangi calon PKR Muhammad Hilman Idham dan kemudiannya menyertai Bersatu. Untuk rekod Megat Zulkarnain tewas pada PRU15 lalu dalam pertandingan lima penjuru di Parlimen Gombak yang dimenangi Menteri Besar Selangor,  Amirudin Shari dengan majoriti undi 12,729. BN turut mengekalkan dua penyandang PRU14 iaitu Ketua Pemuda UMNO Selangor Imran Tamrin…

Read More

Tok Mat pertahan DUN Rantau

KUALA LUMPUR 21 Julai –  Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 12 Ogos ini. Turut diumumkan dalam senarai 17 calon Barisan Nasional (BN) malam ini ialah anak bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad iaitu Mohd Najib yang dicalonkan di Bagan Pinang dan Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (Juasseh). Berikut senarai penuh calon BN Negeri Sembilan N.02 PERTANG DATUK SERI JALALUDDIN ALIAS N.03 SUNGAI LUI MOHD RAZI BIN MOHD ALI N.05 SERTING…

Read More

Reezal Merican calon BN DUN Bertam

KUALA LUMPUR 21 Julai  – Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican adalah antara enam calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu yang tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dicalonkan di kawasan DUN dalam Parlimen yang sama. Turut dicalonkan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO,  Ir Dr Sheikh Hussain Mydin yang juga Ketua UMNO bahagian Bagan akan mempertahankan kerusi DUN Sungai Dua yang dimenangi Muhammad Yusoff Mohd Noor pada PRU14.…

Read More

Mahdzir Khalid calon DUN Pedu

KUALA LUMPUR 21 Julai – Pengerusi Badan Perhububungan UMNO Kedah, Mahdzir Khalid mengetuai senarai 15 calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu dinamakan sebagai calon mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu. Turut dicalonkan adalah Exco Pergerakan Wanita UMNO Hisham Suhaily Othman bagi DUN Ayer Hangat, Timbalan Ketua UMNO bahagian Jerlun Hayazi Azizan Ayer Hitam dan seorang guru matematik, Zainol Abidin Mohamad di DUN Bukit Kayu Hitam. Turut dicalonkan Datuk Said Ali Syed Rastan (Bukit Lada), Datin Nor…

Read More

Dua bekas MB dicalonkan semula di Terengganu

KUALA LUMPUR 22 Julai –  Dua bekas Menteri Besar Terengganu adalah antara 27 calon yang disenaraikan untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Ahmad Said dan Ahmad Razif Abdul Rahman masing-masing akan mempertahankan kerusi DUN Kijal dan DUN Seberang Takir. Pada Pilihan Raya Umum lalu, Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri mengekalkan kerusi DUN Kijal pada pertembungan tiga penjuru dengan memperoleh majoriti 1,265 undi. Manakala Ahmad Razif yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus menang dengan majoriti 1,884 undi. Turut dicalonkan adalah…

Read More

BN tanding di 108 kerusi DUN

KUALA LUMPUR 21 Julai – Barisan Nasional (BN) menampilkan 63 peratus calon muka baharu untuk bertanding di 108 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Pengerusinya,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata hanya 18 peratus dalam kalangan penyandang dicalonkan semula sementara 20 peratus lagi terdiri daripada mereka yang pernah bertanding, tetapi mahu menawarkan diri mereka semula. “Ia sebagai bukti kesinambungan muka baharu dan lama, kita juga tidak lupakan calon wanita, di mana cukup ramai calon dalam kalangan itu. Begitu juga pemuda dan bekas…

Read More

Muda kemuka manifesto Kertas Hitam Muda II

PETALING JAYA 21 Julai – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengemukakan Kertas Hitam Muda II sebagai manifestonya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan. Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata manifesto itu bersifat sebagai idea, penyelesaian dan cadangan penambahbaikan kepada mana-mana pihak yang bakal menerajui kepimpinan kerajaan negeri. “Muda perlu realistik, ini adalah idealisme yang kami ingin kongsikan. Untuk MUDA mengambil alih mana-mana negeri memang mustahil kerana kami tidak bertanding 10 peratus pun jumlah kerusi. Jadi, kami ingin menggariskan idea dan cadangan penambahbaikan yang boleh diketengahkan. “Muda…

Read More