KUALA LUMPUR 21 Julai – Pengerusi Badan Perhububungan UMNO Kedah, Mahdzir Khalid mengetuai senarai 15 calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu dinamakan sebagai calon mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu.
Turut dicalonkan adalah Exco Pergerakan Wanita UMNO Hisham Suhaily Othman bagi DUN Ayer Hangat, Timbalan Ketua UMNO bahagian Jerlun Hayazi Azizan Ayer Hitam dan seorang guru matematik, Zainol Abidin Mohamad di DUN Bukit Kayu Hitam.
Turut dicalonkan Datuk Said Ali Syed Rastan (Bukit Lada), Datin Nor Hasita Md Isa (Anak Bukit), Mohamad Fadzil Zolkipli (Sungai Tiang), Abdul Paris Abdul Hamid (Guar Chempedak), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim (Jeneri).
Wan Mohalina Wan Mohamad (Pantai Merdeka),Datuk Ishak Mat (Bayu), Suriati Che Mid (Kuala Ketil), Datuk Asmadi Abu Talib (Merbau Pulas), Nuraini Yusoff (Bandar Baharu).
Bagaimanapun calon bagi kerusi DUN Tanjung Dawai belum diputuskan.
