Pas minta semua ahli, penyokong bertenang

ALOR SETAR 17 Julai – Pas Kedah meminta semua ahli dan penyokong parti itu bertenang serta tidak dipengaruhi emosi dan patuh pada undang-undang susulan laporan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, akan didakwa di mahkamah esok. Pesuruhjaya Pas negeri, Ahmad Yahaya, juga berharap semua pihak sentiasa mematuhi undang-undang dan mendoakan yang terbaik untuk Muhammad Sanusi. Katanya, proses perundangan diharap dapat dilaksana secara adil, berpegang teguh pada prinsip keadilan mengikut undang-undang serta bebas daripada cengkaman atau pengaruh politik. “Pas Kedah ambil maklum Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang…

Read More

Muda umum enam lagi calon PRN

PETALING JAYA 17 Julai – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan enam lagi calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini menjadikan 10 calon setakat ini disahkan mewakili parti itu. Mendahului senarai, Ketua Penerangannya, Luqman Long yang juga Pengarah Pilihan Raya Muda akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Bandar, Terengganu. Ini diikuti Pengerusi Muda Selangor, Al Hafiz Ikhwan di kerusi DUN N23 Dusun Tua, Timbalan Pengerusi Muda Selangor, Dr R Siva Prakash (N06 Kuala Kubu Baharu); Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda, Dobby Chew (N32…

Read More

Isu kenyataan MB Kedah belum selesai

SEPANG 17 Julai – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, dalam satu ceramah yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor, sebagai masih belum selesai. “Perkara ini masih belum selesai,” titah baginda menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini. Baginda sebelum itu menerima menghadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Pertemuan secara berasingan itu membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan…

Read More

Umrah Andalusia musim 1445H bermula

SEPANG 17 Julai – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia Travel) melancarkan penerbangan pertama umrah musim 1445H awal pagi ini dengan membawa 88 jemaah, 50 daripadanya wanita. Kumpulan pertama jemaah yang menggunakan visa pelancong ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Jeddah seterusnya ke Taif untuk lawatan singkat dan kemudiannya memasuki Makkah. Ini bermakna mereka tidak perlu niat umrah miqat di dalam pesawat seperti kebiasaan penerbangan ke Jeddah sebaliknya berbuat demikian ketika di Masjid Qarnul Manazil dekat Taif. Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel, Ida Riswana Idris…

Read More

Jokowi lantik menteri baharu

JAKARTA 17 Julai – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) melantik Budi Arie Setiadi sebagai Menteri Komunikasi dan Maklumat Indonesia yang baharu dalam rombakan Kabinet menjelang Pilihan Raya Umum 2024 negara itu. Budi, bekas Timbalan Menteri Desa, Pembangunan Wilayah Kurang Beruntung dan Kementerian Transmigrasi, menggantikan bekas Menteri Komunikasi dan Maklumat, Johnny G Plate, yang sedang dibicarakan kerana kes rasuah $1.14 juta (RM5.19 juta). Johnny ditahan Mei lalu kerana dipercayai menerima bayaran daripada syarikat yang terbabit dalam projek pembinaan menara telekomunikasi bagi kemudahan internet membabitkan ribuan buah kampung di seluruh negara. Beliau…

Read More

KJ bimbang jualan vape tanpa kawalan

KUALA LUMPUR 17 Julai –  Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bimbang  dengan penjualan berleluasa vape tanpa kawalan di negara ini sehingga agensi media asing melaporkan mudahnya produk itu dibeli oleh kanak-kanak bawah 18 tahun. Malaysia kata Khairy kini seolah-olah memasuki era Wild West selepas bahan nikotin itu tidak lagi dikawal oleh undang-undang. Serentak itu Khairy menerusi Twitter memohon maaf kerana keadaan jadi sampai begini sehingga rakyat erpaksa berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan itu. Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mengulas laporan sebuah media asing, Al Jazera dalam program siasatan 101…

Read More

Sembilan tahun selepas MH17 ditembak

PUTRAJAYA: Malaysia akan terus mencari kebenaran dan menegakkan keadilan kepada semua mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang ditembak jatuh sembilan tahun lalu iaitu pada 17 Julai 2014. Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bermesyuarat kali ke-228 pada 17 Mac lalu sudah memutuskan untuk meneruskan pendengaran ‘Settlement of Differences’ antara pihak berkaitan. Menurut kenyataan itu, kes jenayah berhubung kejadian menembak jatuh pesawat MH17 sudah diputuskan oleh Mahkamah Daerah The Hague pada 17 November 2022. “Keputusan itu menandakan satu peristiwa penting…

Read More

Bekas KSU calon PN di Dengkil

SEPANG: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jamil Salleh dicalonkan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil mewakili Perikatan Nasional (PN). Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan nama calon tersebut malam tadi berkata, Jamil adalah anggota Bersatu. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut mengumumkan Ketua Bahagian Bersatu Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali sebagai calon bagi DUN Sungai Pelek pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. “Dua nama saya mahu umumkan lebih awal, calon kita untuk DUN Sungai Pelek, Datuk Suhaimi (Mohd Ghazali) iaitu…

Read More

Calon, muka baharu proses pembaharuan

TANJONG 17 Julai – DAP mengakui terdapat penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan sebagai satu proses pembaharuan dan perancangan peralihan. Setiausaha Agung, Anthony Loke, berkata langkah itu bukan soal menggugurkan mereka tetapi ini ia adalah proses pembaharuan dengan memasukkan muka baharu, calon berdarah muda demi masa depan parti itu. “Ini sebahagian proses dalam mana-mana parti terutamanya apabila kita berada dalam kerajaan kita mesti merancang untuk masa hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam DAP Pulau Pinang…

Read More