Tun Faisal, Ras Adiba sertai Bersatu

SEREMBAN 9 Julai –  Bekas Timbalan Ketua UMNO bahagian Putrajaya,  Tun Faisal Ismail Aziz dan mantan Ahli Dewan Negara, Ras Adiba Radzi kini sah menganggotai Bersatu selepas mereka menerima watikah keahlian malam ini. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyerahkan watikah itu pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di sini. Pada majlis sama Muhyiddin yang juga Pengerusi PN turut menerima borang keahlian daripada mantan Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan mantan Ketua Cabang PKR Jelebu, Yus Mazmu Ahmad Yusof. Penyerahan itu turut disaksikan…

Read More

Polis siasat Guan Eng isu musnah tokong

KUALA LUMPUR 9 Julai – Polis Bukit Aman hari ini mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R ( agama, raja dan kaum). Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk G S Suresh Kumar, berkata siasatan dijalankan selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima beberapa laporan polis berkait perkara itu. Beliau berkata, laporan polis yang diterima itu berkaitan kenyataan Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu 3R dengan mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau…

Read More

Lapor polis dianggap jenayah ‘laporan palsu’

SEPANG : Pengerusi DAP Lim Guan Eng mendakwa laporan polis terhadapnya berhubung isu tokong boleh dianggap melakukan satu jenayah iaitu membuat ‘laporan palsu’ di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. Katanya, ini berikutan China Press hari ini menyiarkan satu laporan khas bahawa portal MalaysiaNow tersilap dalam terjemahan laporannya. “Hari ini China Press menyiarkan satu laporan khas bahawa MalaysiaNow tersilap dalam terjemahan laporannya kerana saya tidak pernah menyebut tokong Cina ataupun Buddha dalam ucapan saya. Ini mengesahkan kenyataan saya semalam bahawa ucapan Bahasa Mandarin saya telah diputarbelitkan bahawa “PN berniat merobohkan tokong…

Read More

Tidak boleh tidur malam lihat sambutan kepada PN

KUALA LUMPUR 9 Julai –  Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin yakin gelombang kebangkitan rakyat ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan berterusan dan berulang pada enam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti. Katanya, peningkatan sokongan dari sehari ke sehari sekali gus menafikan dakwaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bahawa sokongan rakyat kepada PN semakin tepu. “Pada saya kenyataan sedemikian lahir daripada ketakutan melihat gelombang sokongan rakyat terutama dalam kalangan orang muda kepada PN semakin kuat. “Saya percaya ada pihak yang tidak boleh tidur malam…

Read More

Tipu dalam talian serius, rugi RM302 juta

KULAI 9 Julai – Dua pengendali media sosial di bawah Meta iaitu Facebook dan Instagram merekodkan kerugian akibat penipuan dalam talian yang menggunakan platform terbabit sehingga RM302 juta dalam tempoh tiga tahun setakat Jun lalu. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Teo Nie Ching berkata, kerugian direkodkan disebabkan penipuan yang menggunapakai platform Facebook ialah RM230 juta, manakala Instagram ialah RM70 juta. Katanya, kementerian telah mengadakan pertemuan dengan Meta (Facebook dan Instagram) dan mahu membuktikan bahawa masalah penipuan ini yang menggunapakai platform mereka memang isu yang serius. “Jadi kami perlu kerjasama dari…

Read More

BN dapat 20 peratus kerusi DUN Selangor

SHAH ALAM 9 Julai – Barisan Nasional (BN) Selangor diperuntukkan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor, berkata pecahan pembahagian kerusi itu sudah dipersetujui Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut laporan Bernama, kerusi selebihnya akan ditandingi calon Pakatan Harapan (PH) dengan mengambil kira faktor kerusi-kerusi yang disandang parti itu sebelum DUN dibubarkan. “Faktor semasa keadaan politik, kekuatan terkini antara parti…

Read More

Guan Eng nafi bangkitkan isu 3R

KUALA LUMPUR 9 Jun – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menolak dakwaan beliau sengaja membangkitkan isu 3R (agama, raja, kaum) ketika menyentuh berkenaan perobohan tokong Buddha atau Cina dalam ucapan pada satu program di Jelutong, Pulau Pinang semalam. Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan, ucapannya dalam bahasa Mandarin telah diputarbelit, seolah-olah ada pihak ingin merobohkan tokong Buddha atau Cina. “Ini tidak benar. Saya merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu dirobohkan pada Julai 2020 di Kedah. “Saya amat kesal ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah sengaja memutar belitkan ucapan saya…

Read More

Pemuda PN lapor polis, Pemuda UMNO gesa siasat

PUTRAJAYA 9 Julai – Seluruh pimpinan Pemuda Perikatan Nasional (PN) dikerah membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyentuh isu kaum, agama dan Raja (3R). Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata ia berikutan kenyataan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dianggap kemuncak kepada provokasi kaum yang berisiko menjejaskan kedamaian dan perpaduan rakyat Malaysia. “Pemuda PN mengecam keras kenyataan terkutuk itu dan menyifatkan ia sebagai satu pembohongan besar demi menutup kegagalan mentadbir negara. Menteri yang sebelum ini sibuk memberi amaran akan bertindak jika isu…

Read More

Presiden Gerakan dicabar dalam pemilihan

KUALA LUMPUR 9 Julai – Walaupun berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan, Gerakan masih meneruskan pemilihan parti itu yang menyaksikan Presiden Gerakan, Dominic Lau akan dicabar tiga calon lain. Dominic Lau yang akan mempertahankan kedudukan sebagai Presiden parti pada 15 Julai ini akan dicabar Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan,  Lau Hoi Keong; Pengerusi Gerakan Melaka,   Michael Gan dan bekas Setiausaha Agung Gerakan,  Liang Teck Meng. Pegawai Jawatankuasa Penyeliaan Pemilihan Gerakan, Soo Kay Ping mengesahkan perebutan itu dan turut memaklumkan dua lagi jawatan tertinggi parti iaitu Timbalan Presiden dan…

Read More