SHAH ALAM 8 Julai – Kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) khususnya di Selangor pada 12 Ogos depan boleh memberikan tekanan besar kepada Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar Ibrahim. Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Zuraida Kamaruddin, berkata kemenangan itu juga boleh menyebabkan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjadi lebih berani untuk menarik sokongan terhadap kerajaan sekarang. “Kalau jatuhnya Selangor, ia akan melambangkan (Kerajaan) Persekutuan juga akan jatuh. Kalau (PN) Selangor menang, ramai lagi Ahli Parlimen berani untuk menunjukkan tidak kepercayaan kepada kerajaan (Kerajaan Perpaduan)…
Read MoreDay: July 8, 2023
Siasatan kekecohan di KLIA belum selesai
PUTRAJAYA 8 Julai- Siasatan berhubung tuduhan rasuah dalam kes kekecohan membabitkan dua wanita warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun lalu, masih belum selesai. Justeru Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata, tidak wajar mana-mana pihak merumuskan kes itu yang baru berjalan kira-kira enam hari tiada unsur rasuah. Beliau seperti dilaporkan BH hari ini menyelar laporan media yang mendakwa tiada unsur rasuah ditemui dalam kes itu sedangkan siasatan masih berjalan. “Saya ingin mengatakan siasatan masih dijalankan, saya tidak mahu mana-mana pihak membuat…
Read MoreNaik feri percuma selama sebulan
TANJONG 8 Julai – Selama sebulan, mulai 7 Ogos, orang ramai termasuk pelancong boleh menikmati perkhidmatan feri ulang-alik secara percuma dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ia susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa empat minggu sebagai tempoh percubaan untuk menjalankan pelbagai latihan. Latihan itu turut membabitkan pengemudi feri dan pada masa sama, Jabatan Laut akan melakukan pentauliahan terhadap keempat-empat feri. “Perkhidmatan feri baharu ini akan mula…
Read MoreTuduhan Anwar satu pembohongan besar
PUTRAJAYA 8 Julai – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menyifatkan Anwar Ibrahim melakukan pembohongan besar apabila menuduh beliau tidak melaksanakan pelupusan hutang peneroka Felda. Katanya, pelupusan hutang peneroka Felda dilakukan pada 2021, sekali gus mendakwa tuduhan Perdana Menteri adalah tidak benar. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mengotakan janjinya dan pelupusan hutang peneroka Felda itu disahkan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari lalu. Bagaimanapun, beliau berkata, disebabkan kekangan aliran tunai Felda, kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang…
Read MoreDAP pertahan 48 kerusi DUN
BALIK PULAU: DAP akan meletakkan calon di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan, kata Setiausaha Agung, Anthony Loke. Beliau berkata secara keseluruhan, DAP memenangi 48 kerusi DUN di empat negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) iaitu 19 di Pulau Pinang, Selangor (16), Negeri Sembilan (11) dan Kedah (2). “Jumlah kerusi memang tak berubah besar jadi kita akan bertanding di semua (kerusi) penyandang iaitu kerusi yang kita telah menang. “Soal calon akan diumumkan kelak dan senarai calon saya sendiri masih…
Read MorePas harap PRK Kuala Terengganu 12 Ogos
KUALA TERENGGANU 8 Julai- Pas berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, hasrat itu berikutan Pas tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini. Beliau berkata, keputusan tidak membuat rayuan dilakukan bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai disebabkan ketiadaan ahli Parlimen. “Sebagai parti dan kerajaan yang memerintah, kita tidak mahu rakyat terabai disebabkan ketiadaan ahli Parlimen. “Walaupun mengikut undang-undang, kita…
Read MoreLesen Emraz Travel & Tours Sdn Bhd. digantung
PUTRAJAYA 9 Julai – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, mengumumkan penggantungan sementara lesen Syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd. selama enam bulan berkuat kuasa Isnin ini hingga 9 Januari 2024. Keputusan itu selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) di bawah subseksyen 8(1)(d) iaitu menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan awam, industri pelancongan atau ekonomi negara. Menterinya, Tiong King Sing, berkata, dalam tempoh penggantungan lesen ini, syarikat tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu seperti mengiklankan pakej umrah dan mengambil jemaah baharu untuk umrah. “Dalam tempoh penggantungan lesen…
Read MoreFormula UMNO campur PH tak sesuai
KOTA BHARU 8 Julai – UMNO tidak boleh lagi menggunakan formula ‘UMNO campur Pakatan Harapan (PH), maka jumlahnya menjadikan gabungan parti kerajaan itu menang, kata Ahli Parlimen Arau, Dr Shahidan Kassim. Katanya, walaupun pelbagai formula dibuat, kebarangkalian UMNO untuk kalah adalah tinggi kerana pengikut parti itu sendiri sudah beralih arah. “Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah lubuk PN, UMNO nak bertanding buat apa? Bertanding pun kalah, buat malu saja, nanti hilang benih. “Walaupun dia buat formula, UMNO campur PH (Pakatan Harapan), maka jumlahnya dia menang tapi dia lupa orang UMNO bagi…
Read MoreBerita pilihan…
PH-BN perlu menangkan Selangor
BANGI 8 Julai- Setiap pendukung Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu mengetepikan perbezaan sebaliknya bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama iaitu mengangkat martabat rakyat dan negeri Selangor. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim berkata, Selangor perlu menjadi pembuka lembaran baharu politik negara dengan gerak kerja yang lebih padu dan tersusun daripada setiap ahli serta pendokong parti di dalam PH dan BN. Justeru beliau mahu semua jentera parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan bekerja keras memastikan kemenangan gabungan itu khususnya bagi menawan hati pengundi yang sebahagiannya…
Read More