Keahlian 2 pemimpin Pas Langkawi gugur

KUALA LUMPUR 31 Julai – Pas menggugurkan keahlian Timbalan Yang Dipertua Pas Langkawi, Mazlan Ahmad dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Langkawi, Safwan Hanif Shafie yang masing-masing bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah dan DUN Ayer Hangat. Setiausaha Agung Pas,  Takiyuddin Hassan, berkata laporan Setiausaha Pas kawasan Langkawi yang baru diterima oleh Pejabat Setiausaha Agung Pas mendapati, sejumlah lapan individu melanggar ketetapan parti. Katanya , mereka bertindak dengan bertanding sebagai calon Bebas di kedua-dua DUN berkenaan, selain sebagai wakil calon, pencadang dan penyokong bagi kedua-dua calon Bebas…

Read More

Tidak setuju pengumuman Zahid

SEPANG 31 Julai – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim tidak bersetuju dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan sejumlah peruntukan kepada Majlis Belia Negeri Terengganu ketika program di negeri itu pada Jumaat lalu. Wakil Rakyat Pakatan Harapan (PH) itu berkata, peruntukan itu diumumkan menjelang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan di negeri itu. “Rasuah itu isu legal dan persepsi. Rasuah berkait soal etika, bukan legal semata-mata. Pilihan raya tanpa rasuah adalah pilihan raya yang adil dan bersih “Sebagai Ahli Parlimen, saya tak setuju pengumuman…

Read More

JAIS siasat, Fahmi hanya jelas isu The 1975

SHAH ALAM 31 Julai – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan siasatan lanjut berhubung gambar tular Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, semalam. Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata JAIS sudah memanggil nazir masjid itu untuk mendapatkan keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama. Dalam satu kenyataan, Mohd Shahzihan berkata, tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan. “JAIS ingin mengingatkan dan menegaskan kepada semua calon serta…

Read More

Bebas: Rai demokrasi selepas tidak terpilih

ADAT pilihan raya, tidak semua orang boleh dicalonkan. Bergantung kepada pemimpin parti sama ada anda dicalon atau tidak. Apabila ramai nak bertanding, kerusi pula sikit, maka banyaklah yang tidak berpeluang selepas tapisan dibuat. Pada masa yang sama agihan kerusi juga menimbulkan masalah apabila jumlah parti meningkat. Contohnya apabila UMNO bersama atau ‘menumpang’ Pakatan Harapan (PH). Kecuali jika parti bertanding secara solo, ramailah calon berpeluang. Biasanya alasan popular bagi pengguguran penyandang adalah memberi peluang kepada muka baharu sedangkan ramai juga muka lama bertambah lama sebagai calon. Amat sedikit juga yang memberi…

Read More

“Kenapa Menteri, KDN tanya saya?”

PUTRAJAYA 31 Julai –  Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Dakam Negeri sepatutnya mempunyai maklumat mengenai jumlah kemasukan pelancong serta yang keluar meninggalkan negara ini. Bekas Perdana Menteri itu berkata, teknologi yang ada hari ini membolehkan data dikutip di semua pintu masuk dan pintu keluar negara di mana setiap pelancong perlu mempunyai passport yang mempunyai butiran yang cukup. “Kenapa tanya saya. Bukankah menjadi tanggungjawab KDN dan Menteri menghitung siapa yang masuk dan siapa yang keluar. Jika saya diberi akses kepada semua rekod saya boleh bukti.…

Read More

Rafizi jelas sebab harga petrol tidak turun

GOMBAK 31 Julai – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, mendakwa pelbagai inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada rakyat negara ini, akan terjejas jika Kerajaan Perpaduan di bawah kepemimpinan Anwar Ibrahim ketika ini, menurunkan harga petrol. “Rakyat bertanya kepada kita mengapa tidak turunkan harga petrol. Pertamanya, hutang sekarang RM1.5 trilion. Kita ada hutang besar, jadi kerajaan harus buat pilihan,” kata Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR ketika Jelajah Madani di Sungai Tua malam tadi. Penjelasannya itu menyusul selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bersetuju menerima cabaran…

Read More

Sebak melihat pantomin Op Daulat

PUTRAJAYA 31 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan untuk sembah kenal balu serta waris enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban ketika menyertai Op Daulat pada Mac 2013, di Kampung Simunul, Sabah. Pertemuan itu berlangsung di Dataran Pahlawan Negara di sini dalam suasana sayu, sejurus berakhirnya persembahan pantomim bertajuk Op Daulat Kampung Simunul bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2023. Seri Paduka Baginda berdua yang sebak menyaksikan persembahan pantomim tersebut, berkenan berangkat turun…

Read More

Denmark mahu sekat protes bakar al-Quran

COPENHAGEN: Denmark akan mengenal pasti kaedah undang-undang bagi menyekat dan menghentikan protes yang membabitkan pembakaran al-Quran. Langkah itu susulan wujud kebimbangan keselamatan berikutan tindak balas terhadap perbuatan sedemikian, yang menyaksikan al-Quran dicemari di Denmark dan Sweden. Menurut Kementerian Luar, kerajaan mahu memastikan protes seumpamanya tidak diperalatkan kumpulan pelampau untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian sehingga mencetuskan tidak balas yang ganas. “Kerajaan mahu meneroka kaedah campur tangan apabila negara, agama dan budaya orang lain dihina atas alasan kebebasan bersuara sehingga membawa kesan memudaratkan kepada Denmark terutama dari segi keselamatan. Kebebasan ini sudah…

Read More

Indonesia henti import lembu Australia

SYDNEY: Indonesia menghentikan import lembu hidup dari Australia selepas sebilangan kecil haiwan ternakan itu yang dibawa masuk dari negara terbabit dijangkiti penyakit kulit berketul atau ‘Lumpy Skin Disease’ (LSD). Menteri Pertanian Australia, Murray Watt, berkata pemberhentian import lembu itu membabitkan empat fasiliti dari negara terbabit ke Indonesia. Beliau berkata, kedua-dua negara kini bagaimanapun sedang bekerjasama untuk meyakinkan pengguna bahawa semua haiwan yang dieksport dari Australia mematuhi keperluan Indonesia, termasuk bebas daripada LSD. “Ujian diagnostik pantas terhadap ternakan lembu mula membantu memulihkan eksport daripada fasiliti yang terjejas,” katanya. Beliau bagaimanapun berkata…

Read More