Brunei mulakan vaksinasi

BANDAR SERI BEGAWAN 3 April – Program Vaksinasi Kebangsaan bagi Covid-19 dan Suntikan Dos Pertama Vaksin Covid-19 bermula hari ini di Brunei Darussalam.

Menteri Kesihatan Dr. Mohd Isham Jaafar turut menerima suntikan dos pertama itu.

Program fasa pertama daripada tiga fasa itu melibatkan petugas barisan hadapan, warga emas dan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Fasa kedua pula kakitangan pusat penjagaan kanak-kanak, orang dewasa berisiko tinggi, dan guru manakala fasa ketiga orang ramai berusia 18 tahun ke atas.

Empat pusat vaksinasi diwujudkan di Hospital Suri Seri Begawan, daerah Belait; Hospital Pengeran Muda Mahkota Penguran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, daerah Tutong; Stadium Tertutup daerah Brunei Muara dan Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, daerah Temburong

Semalam Brunei Darussalam menerima sebanyak 24,000 dos vaksin Covid-19 yang dibekalkan melalui COVAX.

Bekalan vaksin ini adalah antara bekalan vaksin yang pertama diterima dari jumlah keseluruhan yang akan dibekalkan iaitu sebanyak 100,800 dos vaksin Covid-19 melalui COVAX.

Related posts

Leave a Comment