Kuota pelajar perubahan kekal

KUALA LUMPUR 20 Jun – Kerajaan mengekalkan kuota pengambilan pelajar perubatan di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan pada 4,820 orang setahun, seperti dibenarkan Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Pendidikan Tinggi, Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata , jumlah siswazah sebenar adalah lebih rendah iaitu kira-kira 4,000 orang setahun. “Kementerian akan terus kekalkan jumlah yang ditetapkan kerana antaranya permohonan ramai untuk mengambil jurusan perubatan dan kadar (yuran) yang ditetapkan untuk universiti tempatan adalah murah, maka demikian kita sebenarnya melakukan pendemokrasian pendidikan. Kita membenarkan ramai memohon untuk ambil jurusan perubatan, kalau kita kurangkan (pengambilan)…

Read More

Kekal pendirian tidak tambat ringgit

KUALA LUMPUR 20 Jun –  Kerajaan kekal tidak menambat ringgit bagi menangani penyusutan nilainya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kesan buruk kepada rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Ahmad Maslan. Beliau berkata tindakan menambat ringgit akan menyebabkan Malaysia hilang keupayaan untuk meneruskan dasar monetari. Katanya jika ringgit ditambat, ia memaksa Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke tahap sama seperti kadar faedah Amerika Syarikat yang kini di ambang 5.00-5.25 peratus. “Alangkan OPR kita pada 3.00 peratus rakyat sudah rasa amat tidak selesa, inikan pulak (jika) dinaikkan…

Read More

MAQIS rampas 18 tan gelatin dari Pakistan

PELABUHAN KLANG 20 Jun –  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor berjaya merampas 18 tan gelatin dari Pakistan yang cuba diseludup masuk menerusi Pelabuhan Klang Utara dekat sini Jumaat lalu. Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim, berkata gelatin yang dianggarkan bernilai RM635,383.33 itu dirampas hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa MAQIS pada pukul 11.30 pagi. Katanya , pemeriksaan mendapati sebanyak 18,000 kilogram (kg) gelatin itu tidak mengikut syarat rawatan yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan di dalam import permit dan ini merupakan kesalahan pertama syarikat tersebut.…

Read More

Larangan bawa gas ke khemah haji

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah haji membawa dan menggunakan semua jenis dan saiz gas petroleum cecair (LPG), ke dalam khemah serta pejabat agensi kerajaan berkuat kuasa hari pertama bulan Zulhijjah semalam. Larangan itu berikutan langkah pencegahan yang dikenakan untuk mengelakkan bahaya kebakaran di kem jemaah haji di Tanah Suci. Menurut pihak berkuasa, semua bentuk silinder LPG, termasuk yang bersaiz kecil digunakan untuk memanaskan air, akan dirampas dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang melanggar larangan berkenaan. Pasukan Penyeliaan Pencegahan dan Keselamatan Pertahanan Awam Arab Saudi akan melakukan…

Read More

Kuota 900 jemaah haji Singapura dipenuhi

SINGAPURA 20 Jun – Kesemua 900 kuota rasmi haji yang diperuntukkan kepada Singapura tahun ini telah dipenuhi, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. Katanya, kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan lebih banyak visa bagi membolehkan mereka yang belum berpeluang dapat menunaikan ibadah haji pada tahun-tahun akan datang. Beliau memberitahu demikian semasa menghantar 234 jemaah haji dari Hahnemann Travel, Jalaluddin Travel dan TM Fouzy Travel di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semalam. Masagos Zulkifli berkata, dalam kalangan 900 jemaah yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini,…

Read More

Segera laksana reformasi ekonomi – PM

PUTRAJAYA 19 Jun – Semua pihak perlu bergerak sebagai satu pasukan ke arah mempercepatkan pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Pendirian itu dibuat hasil Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama anggota Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian mengenai Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di sini hari ini. Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata KSP RMK-12 perlu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat susulan perubahan dan cabaran sosioekonomi semasa. “(Oleh itu) Input daripada semua kementerian akan diambil kira dalam penyediaan KSP RMK-12…

Read More

Pilihan KJ terus jadi persoalan

KUALA LUMPUR 19 Jun –  Ketika berlegar surat palsu tawaran jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bekas Ketua Pemuda UMNO itu pula memuat naik gambarnya bersama Muhyiddin Yassin. Khairy menerusi hantaran dimuat naik di InstaStory bagaimanapun tidak memberi sebarang keterangan berhubung gambar bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang menunjukkan mereka kelihatan tersenyum. Pada Sabtu, Muhyiddin menyatakan Khairy Jamaluddin akan mengadakan perjumpaan dengan kepemimpinan PN minggu depan (minggu ini) bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik tersebut. Sebelum ini, Bersatu menawarkan jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi kepada…

Read More

PH Selangor tidak pandang rendah PN

SHAH ALAM 19 Jun –  Pakatan Harapan (PH) Selangor tidak akan memandang rendah usaha dan impian Perikatan Nasional (PN) yang mahu merampas negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, kata Pengerusinya , Amirudin Shari Katanya, ia susulan PN meletakkan tanggungjawab kepada Pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin Ali, untuk memberikan negeri itu sebagai ‘hadiah’ kepada gabungan parti berkenaan. “Itu strategi mereka tetapi ketika pilihan raya umum lalu kita berdepan Azmin namun dengan kekukuhan kita, majoriti kerusi Parlimen iaitu 16 dimenangi PH di Selangor. “Jadi saya percaya kubu PH…

Read More