Kuota 900 jemaah haji Singapura dipenuhi

SINGAPURA 20 Jun – Kesemua 900 kuota rasmi haji yang diperuntukkan kepada Singapura tahun ini telah dipenuhi, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan lebih banyak visa bagi membolehkan mereka yang belum berpeluang dapat menunaikan ibadah haji pada tahun-tahun akan datang.

Beliau memberitahu demikian semasa menghantar 234 jemaah haji dari Hahnemann Travel, Jalaluddin Travel dan TM Fouzy Travel di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semalam.

Masagos Zulkifli berkata, dalam kalangan 900 jemaah yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini, kira-kira 500 berjaya menjalani program kesihatan Get Fit For Haj untuk mempersiapkan diri secara fizikal dan mental bagi menjalani ibadah haji.

Program Get Fit For Haj itu adalah usaha baru di bawah inisiatif M3 yang dikelola oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) dan ejen penjualan (GSA) pakej haji.

Katanya , langkah itu bagi mempersiapkan jemaah yang sihat dari seginfizikal dan mental sebelum berangkat untuk menunaikan ibadah haji

Turut hadir menghantar jemaah semalam adalah Duta Besar Arab Saudi ke Singapura, Abdullah Mohammed A. AlMadhi; Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) selaku ketua delegasi haji Singapura, Saat A. Rahman; dan Ketua Eksekutif MUIS selaku Ketua Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO), Kadir Maideen.

Saat dan Kadir, berlepas bersama jemaah semalam akan berada di Arab Saudi dari 19 Jun hingga 15 Julai.

(Foto FB Masagos Zulkifli)

Related posts

Leave a Comment