Wukuf 27 Jun, Aidiladha 28 Jun

MAKKAH 19 Jun –  Arab Saudi mengumumkan Hari Wukuf, kemuncak haji, pada Selasa, 27 Jun ini, sementara Hari Raya Aidiladha akan disambut pada Rabu, 28 Jun. Ketua Rombongan Haji Malaysia Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan menyertai kira-kira tiga juta umat Islam seluruh dunia akan bergerak ke Arafah untuk melaksanakan rukun haji itu. Wukuf dilakukan dengan berada di padang Arafah mulai tergelincirnya matahari (waktu Zohor) pada 9 Zulhijjah (27 Jun) sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah. Syed Saleh dalam sidang media di sini berkata,…

Read More

Dr Wan Junaidi Speaker Dewan Negara

KUALA LUMPUR 19 Jun –  Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-19 menggantikan Rais Yatim yang tamat perkhidmatan baru-baru ini. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), itu adalah calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu. Usul pencalonan Wan Junaidi dikemukakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Terdahulu, Wan Junaidi mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, bersama dua yang lain iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Nur Jazlan Mohamed dan Naib Presiden Parti Amanah…

Read More

DUN Selangor bubar 23 Jun

KLANG 19 Jun –  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, Jumaat ini 23 Jun 2023, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini hari ini, baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor. Terdahulu, Menteri Besar Amirudin Shari menghadap baginda bagi memohon perkenan pembubaran DUN negeri itu. Sultan Sharafuddin ketika bertitah pada istiadat itu menegaskan, walaupun tarikh pembubaran berkuatkuasa 23 Jun, namun istiadat diadakan lebih awal kerana baginda…

Read More

Majlis Ilmu Madani beri kefahaman

PUTRAJAYA 18 Jun – Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata penganjuran Majlis Ilmu Madani adalah selari dengan usaha memberi kefahaman mengenai maksud negara Madani yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau kepada orang ramai. Katanya,  ia terutamanya membabitkan nilai asas pembentukan negara Madani iaitu akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah. “Gunakan ini untuk menerapkan nilai dalam pelbagai bidang, dalam kemampanan ekonomi, dalam teknologi digital, dalam konsep ihsan dan rahmah untuk mengurangkan beban rakyat miskin serta pembelaan umat secara keseluruhan,” katanya. Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam…

Read More

Hari Raya Aidiladha 29 Jun

KUALA LUMPUR 18 Jun – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini, demikian pengumuman oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman. Dalam pengumuman yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini, beliau memberitahu, 1 Zulhijah 1444 Hijrah adalah pada Selasa ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi. “Oleh yang…

Read More

Segerakan projek Loji Rawatan Air Tok Bali

BACHOK: Perdana Menteri mahu projek Loji Rawatan Air Tok Bali dan penggantian paip air di Bachok dilaksanakan segera melalui peruntukan RM500 juta yang disalurkan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan. Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada peruntukan p RM1.7 bilion yang diumumkan sebelum ini. “Namun, ia (peruntukan) perlu diuruskan mengikut saluran yang betul. Peruntukan ini adalah sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM1.7 bilion yang diumumkan sebelum ini untuk menyelesaikan masalah air. “Peruntukan itu bagi penggantian paip di Bachok dan Projek Loji Air di Tok Bali, Pasir Puteh…

Read More

Tajuddin tidak terlibat 10 ‘warlord’ UMNO

IPOH 18 Jun – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Tajuddin Abdul Rahman menafikan beliau adalah antara 10 orang ‘warlord’ atau pemimpin UMNO yang digembar-gemburkan akan menyertai Perikatan Nasional (PN). Beliau tidak tahu menahu mengenai laporan kemasukan pemimpin UMNO itu yang dikatakan akan berlaku sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri. “Mengenainya (10 ‘warlord’), ia tiada kena-mengena dengan saya. Saya tak tahu-menahu, Lillahi Taala, saya bukan salah seorang dari 10 itu,” katanya dalam sidang akhbar di sebuah hotel, di sini, hari ini. Pada 12 Jun lalu, media melaporkan…

Read More

718,030 jemaah tiba di Madinah

RIYADH: Seramai 718,030 jemaah pelbagai negara tiba di Madinah melalui pintu masuk udara dan darat untuk menunaikan haji tahun ini. Memetik statistik dilaporkan SPA, Jawatankuasa Haji dan Lawatan berkata, jumlah ketibaan pada hari Sabtu mencecah 29,090 jemaah, yang mana 25,962 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah. Laporan statistik juga menunjukkan 556,953 jemaah berlepas ke Makkah pada Sabtu, manakala jumlah jemaah yang tinggal di Madinah sehingga semalam mencecah 161,021 jemaah. Ketika ini, kadar penghunian perumahan di Madinah adalah 54 peratus, dan 32,631 jemaah haji mendapat manfaat…

Read More

Arahan tegas, berani jalankan tugas

KOTA BHARU 18 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja sepanjang menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya, kata Perdana Menteri, arahannya kepada semua agensi termasuk penguatkuasaan supaya menjalankan tanggungjawab dengan tegas dan berani. “Saya sentiasa mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengulangi sikap gelojoh untuk pegang jawatan, anak beranak diberi jawatan, beri kontrak sesuka hati serta mengambil komisen. “Jika disiasat dan didakwa, mereka akan kata ini semua tindakan politik. Saya sebut kerana saya mahu penjawat awam berada di landasan yang…

Read More