Larangan bawa gas ke khemah haji

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah haji membawa dan menggunakan semua jenis dan saiz gas petroleum cecair (LPG), ke dalam khemah serta pejabat agensi kerajaan berkuat kuasa hari pertama bulan Zulhijjah semalam.

Larangan itu berikutan langkah pencegahan yang dikenakan untuk mengelakkan bahaya kebakaran di kem jemaah haji di Tanah Suci.

Menurut pihak berkuasa, semua bentuk silinder LPG, termasuk yang bersaiz kecil digunakan untuk memanaskan air, akan dirampas dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang melanggar larangan berkenaan.

Pasukan Penyeliaan Pencegahan dan Keselamatan Pertahanan Awam Arab Saudi akan melakukan pemantauan bagi memastikan larangan berkenaan dipatuhi di Mina, Muzdalifah dan Arafah melalui pemeriksaan lapangan yang turut meliputi semua pegawai agensi kerajaan dan pertubuhan komersial.

(Foto khemah di Mina – Haramain Sharifain)

Related posts

Leave a Comment