KUALA LUMPUR 21 Jun – Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid, 61 dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuatkuasa 23 Jun 2023. Pelantikan Razarudin Husain itu bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal. Pada masa yang sama bagi mengisi kekosongan orang No.2 dalam pasukan polis itu, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay , 57 dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuat kuasa pada hari yang sama. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan…
Read MoreMonth: June 2023
Berita pilihan…
Agong berangkat ke Makkah tunai haji
KUALA LUMPUR 21 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpesan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjaga negara sebelum baginda berangkat menunaikan haji, hari ini. Menurut laporan Bernama, majlis keberangkatan Seri Paduka berdua yang diadakan di Istana Negara, turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Baginda ditemani Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut mengiringi, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.…
Read MoreSaya bukan pengecut, pelarian – Raja Petra
PUTRAJAYA 21 Jun – Raja Petra Kamarudin menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau sebagai pengecut untuk balik ke Malaysia. Penulis blog kontroversi itu sebaliknya mendakwa kerajaan tidak membenarkannya pulang ke tanah air kerana dikatakan boleh membawa bahaya kepada kerajaan. Katanya, pelbagai cara sudah dilakukan untuk pulang ke Malaysia sejak 2013, termasuk mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika di bawah pentadbiran Najib Razak. Beliau juga mendakwa turut mengadakan rundingan dengan dua menteri Kabinet serta Bukit Aman untuk membantunya pulang ke negara ini. “Pengkritik menghina saya…
Read MoreDr Mahathir kunjungi Erdogan
PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. Menurut Facebook Erdogan, pertemuan itu berlangsung di Kompleks Istana Presiden. Kali terakhir Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke tujuh mengadakan lawatan ke Turkiye pada bulan Julai 2019 dan Erdogan membalas lawatan tersebut pada Disember tahun yang sama. Semasa lawatan 2019, Dr Mahathir menerima pingat ‘Turkish Order of the Republic’, pemimpin ASEAN pertama menerima anugerah berprestij itu, iaitu anugerah kedua tertinggi di Turkiye selepas ‘Order of the State. Dalam lawatan yang sama, Dr Mahathir dianugerahkan…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 21.06.2023
Negeri Sembilan, P. Pinang bubar 30, 28 Jun
SEPANG 20 Jun – Negeri Sembilan dijangka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Jun ini manakala Pulau Pinang pula dijadualkan pada 28 Jun bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan. Sebelum ini Selangor menetapkan pembubaran pada 23 Jun, Kelantan 22 Jun manakala Kedah mencadangkan 28 Jun manakala Terengganu belum menetapkan tarikh pembubaran. Di Negeri Sembilan, Menteri Besar, Aminuddin Harun akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 28 Jun ini, bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan DUN pada 30 Jun ini. “Saya akan menghadap Tuanku…
Read MoreKurang hala tuju ekonomi sukarkan Anwar
PUTRAJAYA 20 Jun – Kesukaran Anwar Ibrahim meraih sokongan Melayu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih didorong rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbirannya yang dilihat kurang dari segi hala tuju ekonomi. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, faktor itu mengatasi ‘Gelombang Hijau’ yang dibawa Perikatan Nasional (PN). Katanya, kebangkitan ‘Gelombang Hijau’ yang ekstrem tidak banyak menyumbang kepada apa yang berlaku di Malaysia hari ini, berbanding ungkapan rasa tidak puas hati yang tulen dalam kalangan masyarakat Melayu, yang mana ia melangkaui isu 3R yang merujuk bangsa, agama dan institusi…
Read MoreSultan Selangor berangkat ke Makkah
SEPANG 20 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. Baginda berdua menaiki pesawat khas yang berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3 petang. Turut serta mengiringi baginda adalah Mufti Selangor, Dr Anhar Opir; Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Abdul Karim Maaseng Al-Makki dan Pengurus Tabung Haji (TH) Travel and Services, Syahrimi Ilias. Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut…
Read MorePelabur semakin yakini Malaysia
PUTRAJAYA 20 Jun – Keyakinan pelabur terhadap Malaysia semakin baik dan ia akan mendorong lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Beliau berkata misi pelaburannya sempena Minggu Teknologi London (LTW) 2023. dari 12 hingga 16 Jun itu juga menyaksikan Malaysia meraih komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital. “Mereka ada keyakinan tambahan. Insya-Allah, tidak mustahil, dalam masa tidak berapa lama lagi lebih banyak pelaburan masuk ke negara kita,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD)…
Read More