Putra sedia tanding tiket PN

KUALA LUMPUR 25 Jun – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berharap dapat bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), seterusnya diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Presidennya, Dr Ibrahim Ali berkata tanpa mengharapkan jumlah kerusi yang banyak, pihaknya sedia bertanding di mana-mana jua sekiranya diberi peluang, malah tidak ada masalah untuk bertanding dengan menggunakan logo PN. “Saya ingin nyatakan di sini bahawa Putra tidak akan jadi tukang sorak. Kita boleh bersama jika kita diiktiraf. Kalau tak banyak sekalipun (perlu) ada bukti, tanda bahawa kita dapat bersama. “Kalau diberi…

Read More

DUN Kedah bubar Rabu, 28 Jun

ALOR SETAR 25 Jun –  Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 28 Jun ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata beliau diterima menghadap Sultan Sallehuddin di Wisma Darul Aman bagi memohon perkenan baginda membubarkan DUN pada pukul 10.45 pagi ini. Katanya, sebaik pembubaran dibuat pada 28 Jun ini, semua urusan pentadbiran akan diteruskan kerajaan interim di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali. “Hari ini, saya ingin memaklumkan bahawa saya diterima menghadap…

Read More

Setiap tahun bayar cukai – Hamzah

Setiap tahun bayar cukai – Hamzah KOTA BHARUn25 Jun –  Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin, berkata tidak timbul isu beliau tidak bayar cukai kerana setiap tahun beliau membayarnya malah menghabiskan ribuan ringgit untuk konsultan membuat cukai. Beliau yang juga Setiausaha Agung PN berkata, sebelum menjadi Ahli Parlimen pada 2008, beliau adalah seorang ahli perniagaan. “Baru-baru ini saya ‘diserang’ Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) yang datang ke rumah saya. Saya nak jelaskan, dulu saya seorang ahli perniagaan dan hanya menjadi Ahli Parlimen bermula 2008. “Isu saya tidak bayar cukai tidak timbul sama…

Read More

Pas mesyuarat ‘tapis calon’ minggu depan

KOTA BHARU 25 Jun – Majlis Syura Ulama akan mengadakan mesyuarat minggu depan untuk membincangkan mengenai tapisan senarai calon yang akan bertanding di 126 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), di enam negeri. Presiden Pas Abdul Hadi Awang, berkata soal pembahagian kerusi sudah selesai dan tiada sebarang masalah besar berkenaan perkara itu, tetapi tapisan mengenai calon sedang berlangsung dan berterusan. “Majlis Syura Ulama akan bermesyuarat pada minggu depan untuk membincangkan tentang tapisan calon. Dari segi manifesto pula, ia masih dalam perancangan,” katanya selepas Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya…

Read More

PN yakin kuasai lima negeri

KOTA BHARU 25 Jun – Perikatan Nasional (PN) yakin dapat menguasai lima negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin. Beliau berkata gabungan itu yakin dapat mempertahankan tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, selain turut mengambil alih Selangor dan Negeri Sembilan. “Sebagai Setiausaha Agung, kita buat analisis boleh dikatakan setiap hari oleh pegawai yang dihantar (ke lapangan) dan Insya-Allah Kelantan, Terengganu dan Kedah kita dapat pertahankan. “Dengan keretakan yang ada di Selangor dan Negeri Sembilan, Insya-Allah PN boleh ambil alih, manakala Pulau Pinang tidak…

Read More

Tiada bukti Covid-19 dari Institut Virologi

WASHINGTON : Laporan Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan (ODNI) mendedahkan perisikan Amerika Syarikat (AS) tidak menemui bukti bahawa virus Covid-19 berpunca daripada insiden di Institut Virologi Wuhan China. Menurut laporan itu, agensi perisikan AS tidak mempunyai maklumat yang menyokong dakwaan bahawa tiga saintis di makmal Wuhan itu adalah antara kumpulan pertama dijangkiti Covid-19 dan mungkin telah mencipta virus itu sendiri. Merujuk kepada maklumat perisikan yang dikumpulkan masyarakat perisikan AS (IC), laporan ODNI itu menyatakan beberapa saintis di makmal Wuhan itu telah menjalankan kejuruteraan genetik koronavirus yang serupa dengan Covid-19. Bagaimanapun AS…

Read More

Kerajaan baharu Thailand bulan depan

BANGKOK: Proses pembentukan kerajaan baharu Thailand dijangka berlangsung bulan depan apabila anggota Parlimen yang memenangi pilihan raya baru-baru ini akan bersidang buat kali pertama pada 3 Julai ini. Satu perintah diraja berhubung sidang itu diterbitkan dalam portal rasmi gazet diraja, semalam. Perintah itu menandakan permulaan pembentukan kerajaan baharu Thailand selepas berakhirnya pilihan raya pada Mei lalu, dengan undian untuk melantik Perdana Menteri baharu dijangka diadakan bulan depan. Sebelum ini pada Isnin lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand mengesahkan kemenangan di semua 500 kerusi Dewan Rakyat, yang perlu bersidang dalam tempoh awal…

Read More