Mahkamah Rayuan Perancis tolak tuntutan Kumpulan Sulu

Mahkamah Rayuan Perancis tolak tuntutan Kumpulan Sulu KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Perancis mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan ‘Partial Award’ kepada kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu yang sebelum itu diputuskan penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa pada 2020. Keputusan itu memberikan kemenangan muktamad kepada Malaysia untuk menegakkan undang-undang, sekali gus menolak tuntutan tidak masuk akal yang dikemukakan Kumpulan Sulu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ini bermakna pihak yang menuntut itu tidak lagi boleh bergantung kepada keputusan salah yang dibuat di Perancis pada Februari…

Read More

Gesa tarik pingat Tun daripada Dr Mahathir

KUALA LUMPUR 6 Jun – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dari DAP, RSN Rayer menggesa Kerajaan Perpaduan menarik balik darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang dikurniakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Gesaan supaya kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim menarik balik pingat terbabit dibuat wakil rakyat itu atas dakwaan tindakan bekas Perdana Menteri itu berterusan menyerang dan menghina institusi diraja. “Kita lihat beliau (Dr Mahathir) melakukan Proklamasi Melayu dan mungkin akan bekerjasama dengan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang telah mengkhianati beliau, sebelum ini. Kedua-dua mereka ingin menghancurkan negara dan…

Read More

Melampau tuduh Sanusi lakukan jenayah

PUTRAJAYA  6 Jun – Dr Mahathir Mohamad menyifatkan melampau untuk menuduh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melakukan jenayah susulan kenyataan kontroversi Menteri Besar itu bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah. Bekas Perdana Menteri, itu mendakwa terdapat perbezaan jelas membabitkan perjanjian antara Pulau Pinang dan Singapura. Katanya, berdasarkan sejarah , Sultan Kedah ketika itu berkenan supaya Syarikat Hindia Timur Inggeris mengambil alih Pulau Pinang dengan bayaran 6,000 dolar Sepanyol setahun. “Kemudiannya, ia ditambah dengan sebidang tanah besar yang bertentangan dengan pulau itu membabitkan harga 4,000 dolar Sepanyol setahun. Melalui perjanjian…

Read More

Gantung lesen jika jual gula lebihi harga kawalan

KUALA LUMPUR 6 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang sengaja menjual harga gula melebihi harga kawalan, menyorok bekalan dan menetapkan pembelian gula secara bersyarat. Menteri KPDN, Salahuddin Ayub, berkata sama ada peniaga dikompaun, lesen digantung atau lesen disenarai hitam serta-merta perlu diambil berikutan tindakan mereka menjejaskan bekalan dalam negara, selain pengguna terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan bekalan. Berikutan itu, Ops Manis yang dilancarkan bermula 3 Mei lalu sehingga kelmarin membabitkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah,…

Read More

BNM putuskan sepenuhnya kenaikan OPR

KUALA LUMPUR 6 Jun – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan sepenuhnya kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR). Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan beliau telah menggesa BNM agar meneliti isu fiskal dan keyakinan keseluruhannya berhubung kenaikan OPR. “Tentang OPR seperti yang kita tahu daripada masa kerajaan dahulu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, OPR ini diputuskan sepenuhnya oleh Bank Negara kerana itu undang-undang yang dibuat dahulu,” katanya. Beliau berkata, setakat ini dalam Kerajaan Perpaduan hanya sekali berlaku kenaikan berbanding empat kali di bawah pemerintahan sebelum ini.…

Read More

Kurang subsidi tidak jejas majoriti rakyat

KUALA LUMPUR 6 Jun – Dewan Rakyat diberitahu, pengurangan pemberian subsidi tidak menjejaskan semua lapisan masyarakat, sebaliknya hanya membabitkan inisiatif kadar elektrik dan haji bagi golongan T20. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pemberian subsidi tidak dikurangkan bagi majoriti rakyat dan 90 peratus tidak terkesan malahan, kadar elektrik bagi industri sederhana kecil (IKS) dan makanan juga tidak dinaikkan. Justeru, beliau mempersoal tindakan segelintir pemimpin politik menggerakkan kempen mendakwa kerajaan mengurangkan pemberian subsidi kepada semua lapisan masyarakat. Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mempersoal kewajaran kempen terbabit, selain menegaskan pendekatan itu terpaksa…

Read More

Polis siasat isu Pulau Pinang milik Kedah

KUALA LUMPUR 6 Jun – Polis telah melakukan siasatan untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan tidak bertanggungjawab Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah. Anwar Ibrahim berkata, siasatan berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang sedia ada bagi menghindari kenyataan berterusan yang melanggar prinsip Perlembagaan dan undang-undang, termasuk di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan. Perdana Menteri memberitahu Dewan Rakyat, sebahagian laporan telah dikemukakan kepada Peguam Negara dan menunggu tindakan seterusnya. Menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Anwar membidas Sanusi kerana mengeluarkan kenyataan itu dan mempersoalkan sama…

Read More

Mike Pence sertai saingan rebut Presiden AS

WASHINGTON: Mantan Naib Presiden Mike Pence mengumumkan kesediaan mencabar bekas ketuanya Donald Trump bagi calon dari parti Republican, untuk Pilihan Raya Presiden 2024. Pence, 63 tahun, memfailkan kertas pencalonannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan menjelang pengumuman rasmi yang akan dibuat menerusi rakaman video pada 7 Jun. Beliau menyandang jawatan Naib Presiden dari 2017 sehingga 2021, yang memberinya reputasi sebagai timbalan yang setia dan sanggup mempertahankan Presiden Donald Trump daripada sebarang tuduhan. Bagaimanapun, beliau kerap dibidas Trump setelah menolak permintaan pemimpin Republican itu untuk membatalkan keputusan pilihan raya 2020 yang dimenangi…

Read More