Lunas tunggakan gaji sebelum terbang semula

PUTRAJAYA 12 Jan. –  MYAirline Sdn Bhd tidak dibenarkan beroperasi semula, jika syarikat itu tidak melunaskan tunggakan gaji kakitangan serta membuat bayaran balik kepada penumpang, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, terbabit perlu melunaskan terlebih dahulu dua syarat terbabit, jika mahu mendapatkan semula Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) untuk beroperasi.

“Kita akan bertemu dengan mereka kerana ingin mendengar sendiri apa cadangan mereka. Apa status sekarang ini kerana keutamaan ketika ini, apa sahaja permohonan yang mereka ingin buat, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi, jika mereka mahu memulakan semula operasi.

“Pertama, mereka perlu berusaha memastikan ‘refund’ (bayaran balik) dibuat. Kedua, apa sahaja tertunggak terhadap kakitangan mereka, perlu dibayar. Jika mereka boleh memenuhi dua syarat ini, baru kita boleh berbincang. Jika tidak, ‘no way’ (tidak dibenarkan),” katanya sidang media di sini, hari ini.

Menurut laporan media hari ini, MYAirline Sdn Bhd memperoleh dan menandatangani perjanjian jual beli dengan pelabur dari Timur Tengah pada akhir Disember 2023, menurut sumber.

Sehubungan itu, sumber berkenaan yang tidak menyatakan nama pelabur berharap, MYAirline boleh melaksanakan usaha untuk menyambung semula operasi menjelang pertengahan tahun ini.

“Tindakan pertama yang diharapkan adalah pembayaran gaji dan bayaran balik kepada penumpang,” menurut sumber itu kepada Bernama.

Pada November lalu, MYAirline bersetuju membayar tuntutan gaji dan elaun 158 pekerja berjumlah RM4.3 juta selepas mesyuarat diadakan bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Menurut Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor, berkata tindakan itu dicapai selepas JTK mengeluarkan perintah mahkamah buruh berhubung perkara berkenaan.

Katanya, pihak pengurusan MYAirline memaklumkan gaji berkenaan akan dibayar pada Januari selepas ketibaan pelabur baharu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment