Mike Pence sertai saingan rebut Presiden AS

WASHINGTON: Mantan Naib Presiden Mike Pence mengumumkan kesediaan mencabar bekas ketuanya Donald Trump bagi calon dari parti Republican, untuk Pilihan Raya Presiden 2024.

Pence, 63 tahun, memfailkan kertas pencalonannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan menjelang pengumuman rasmi yang akan dibuat menerusi rakaman video pada 7 Jun.


Beliau menyandang jawatan Naib Presiden dari 2017 sehingga 2021, yang memberinya reputasi sebagai timbalan yang setia dan sanggup mempertahankan Presiden Donald Trump daripada sebarang tuduhan.

Bagaimanapun, beliau kerap dibidas Trump setelah menolak permintaan pemimpin Republican itu untuk membatalkan keputusan pilihan raya 2020 yang dimenangi Encik Joe Biden.

Pence, antara lain, menampilkan dirinya sebagai seorang Republican yang tradisional, prihatin tentang tanggungjawab fiskal dan nilai-nilai keluarga.


Penyertaannya dalam persaingan sebagai calon Republican bagi jawatan Presiden AS, tidak akan mendatangkan sebarang perubahan yang ketara pada dinamik saingan tersebut.

Setakat ini, Trump serta pesaing terdekatnya, Ron DeSantis sedang mendahului dalam tinjauan pendapat.

Related posts

Leave a Comment